KUALA LUMPUR: Sekatan unilateral yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikat di Malaysia tidak menjejaskan nilai keseluruhan eksport negara, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Rabu, kementerian itu berkata implikasi sekatan itu adalah berbentuk individu iaitu antara lain, syarikat terlibat kehilangan akses terhadap sistem kewangan, perdagangan dan perkhidmatan yang mempunyai pangkalan operasi di AS.
"Tiada satu pun syarikat perdagangan tersebut berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk sebarang lesen pembuatan atau insentif. Ini bermakna mereka semua adalah peniaga dan bukan pengilang," kata kementerian itu.
Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang meminta MITI menyenaraikan syarikat-syarikat Malaysia yang dikenakan sekatan unilateral dan kesannya terhadap eksport negara.
Lima syarikat yang dikenakan sekata sejak Disember 2023 adalah Skyline Advanced Technologies Sdn Bhd, Nava Hobbies Sdn Bhd, Integrated Scientific Microwave Technology Sdn Bhd, Arta Wave Sdn Bhd dan Jatronics Sdn Bhd.
Jelasnya, kelima-lima buah syarikat tersebut disyaki atau dituduh menjalankan aktiviti jual beli dan membekalkan barangan antaranya memudahkan pemindahan bahan, komponen dan teknologi strategik bagi program senjata Iran atau kepada angkatan bersenjata Rusia.
Sementara itu, menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai status siasatan terhadap Jatronics dan apakah tindakan susulan kerajaan, kementerian berkata ia telah berhubung dan berjumpa dengan pengarah syarikat tersebut untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi yang berlaku.
"Jatronics memaklumkan bahawa kebanyakan aktiviti pengeksportan mereka melibatkan eksport barangan litar bersepadu terutamanya ke Rusia," katanya.
Menurutnya, MITI sentiasa berhubung dengan Kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sekatan unilateral tersebut dan pada masa yang sama mengadakan satu sesi perkongsian maklumat mengenai tatacara menyahsenarai syarikat daripada sekatan berkaitan dengan sebuah firma guaman Amerika Syarikat (secara pro-bono).
Dalam pada itu, MITI turut bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan pandangan lanjut berkaitan implikasi perkhidmatan kewangan kepada syarikat yang disekat secara unilateral.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024

MITI memberitahu, implikasi sekatan itu adalah berbentuk individu iaitu antara lain, syarikat terlibat kehilangan akses terhadap sistem kewangan, perdagangan dan perkhidmatan yang mempunyai pangkalan operasi di AS.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Sekatan unilateral tidak sesuai dengan undang-undang antarabangsa - SCO
Menurut SCO, ia tidak serasi dengan undang-undang antarabangsa dan memberi kesan "negatif" kepada negara ketiga serta hubungan ekonomi global.

Kemboja kecam sekatan AS terhadap jutawannya
Kemboja pada Jumaat mengecam AS kerana secara unilateral mengenakan sekatan terhadap seorang jutawan Kemboja dan empat perniagaan.

Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI
Syarikat terlibat kehilangan akses terhadap sistem kewangan, perdagangan dan perkhidmatan yang mempunyai pangkalan operasi di AS.

Korea Selatan laksanakan sekatan unilateral pertama terhadap Korea Utara sejak 5 tahun
Tindakan itu sebagai tindak balas terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu yang semakin meningkat oleh unit operasi nuklear taktikal.