KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia berjumlah RM433.2 bilion pada 2023, menyumbang 23.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK pada harga semasa), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Defisit dalam perdagangan perkhidmatan bertambah baik, defisit lebih rendah kepada RM43.2 bilion berbanding RM58.2 bilion pada 2022.
Eksport perkhidmatan berkembang sebanyak 37.9 peratus kepada RM195.0 bilion (Tahun 2022: RM141.1 bilion). Sementara itu, import perkhidmatan meningkat sebanyak 19.3 peratus kepada RM238.2 bilion berbanding tahun sebelumnya (2022: RM199.6 bilion)."
Perjalanan (pelancongan) yang merupakan penyumbang utama kepada perdagangan perkhidmatan, ia masih dalam proses pemulihan untuk mencapai tahap sebelum pandemik, katanya.
"Perjalanan pada 2023 mencatatkan lebihan sebanyak RM17.1 bilion selepas merekodkan defisit selama tiga tahun berturut-turut, disokong oleh perbelanjaan tinggi daripada pelancong asing di Malaysia.
Singapura merupakan destinasi utama bagi eksport perkhidmatan Malaysia dengan nilai RM55.3 bilion berbanding RM37.5 bilion pada tahun sebelumnya,
Amerika Syarikat (AS) merupakan negara kedua bagi destinasi eksport tertinggi dengan mencatatkan RM36.6 bilion diikuti China, merekodkan sebanyak RM12.9 bilion.
Pada masa sama, AS merupakan negara utama untuk import perkhidmatan dengan nilai sebanyak RM76.1 bilion pada 2023 terutamanya daripada perjalanan, perkhidmatan perniagaan lain dan pengangkutan.
"Ia diikuti oleh Singapura dengan nilai RM41.3 bilion dan United Kingdom dengan RM13.3 bilion. Secara keseluruhannya, pencapaian perdagangan perkhidmatan Malaysia pada 2023 menunjukkan perkembangan yang signifikan, seiring dengan trend global, kata DOSM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia berjumlah RM433.2 bilion pada 2023.- Gambar fail/Adobe Stock
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Malaysia rekod perdagangan perkhidmatan RM433.2 bilion pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia berjumlah RM433.2 bilion pada 2023, menyumbang 23.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar.