SEPANG: Malaysia Airlines menyambung semula sepenuhnya perkhidmatan dalam penerbangan bagi semua sektor susulan pertukaran katering yang berkuat kuasa 1 Sept 2023 dengan menawarkan semula termasuk tawaran minuman lengkap, hidangan penuh makanan panas dan hidangan khas.
Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group Datuk Kapten Izham Ismail berkata syarikat penerbangan itu turut memperkenalkan tawaran makanan dan menu yang ditambah baik bagi semua sektor untuk meningkatkan pengalaman menjamu selera dalam pesawat.
"Sebagai sebuah syarikat penerbangan global, Malaysia Airlines menetapkan standard yang tinggi dari segi tawaran produk dan perkhidmatan kami dalam pesawat, menjadi wakil sayap penerbangan negara dan jaguh hospitaliti di Malaysia," katanya dalam ucapan alu-aluan bersempena dengan pengumuman tawaran perkhidmatan lengkap dalam penerbangan Malaysia Airlines di sini hari ini.
Syarikat penerbangan itu mengakui bahawa pengalaman pelanggan adalah lebih penting berbanding insiden terpencil atau interaksi sehala, katanya sambil memaklumkan ia merupakan perjalanan dinamik dan sentiasa berkembang yang memerlukan langkah penambahbaikan berterusan.
"Kami sedang giat mengejar peluang dan mengukuhkan perkongsian strategik bagi memastikan hidangan yang ditawarkan kepada tetamu menjangkau standard tertinggi dan tidak mengabaikan kualiti," katanya.
Perkhidmatan lengkap yang ditawarkan semula ini adalah susulan penghantaran 10 lagi trak hi-lift yang memulakan operasi pada akhir Oktober 2023, sekali gus membolehkan syarikat penerbangan itu meneruskan perkhidmatan sepenuhnya dalam penerbangan sejak 1 Nov 2023.
Sebagai sebahagian daripada pelan kesinambungan perniagaan kateringnya, syarikat penerbangan itu menubuhkan pusat pengedaran sementara MAG Catering Operations (MCAT) untuk menguruskan pengumpulan barangan makanan dan minuman serta mengangkat kotak makanan dalam pesawat menggunakan trak hi-lift.
Fasiliti MCAT itu mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Susulan penambahan ini, operasi MCAT semakin kukuh apabila mempunyai 24 trak hi-lift, enam penyejuk beku, dua pendingin dan dua mesin pencuci yang membolehkan syarikat penerbangan itu menawarkan perkhidmatan yang efisien dan segera kepada laluan yang terjejas sebelum ini.
Ketika ini syarikat penerbangan itu menguruskan sendiri purata sebanyak 18,000 makanan pada setiap hari, dengan bekerjasama erat dengan rakan kongsi untuk mengekalkan piawaian kualiti dan perkhidmatan yang terbaik.
Sementara itu, Izham berkata pembekal makanan pihak ketiga terdiri daripada MAS Awana Sdn Bhd iaitu milik 60 peratus MAG, Sajian Ambang Sdn Bhd, Syed Food Industry Sdn Bhd, QL Kitchen Sdn Bhd, Fantastic Food Factory Sdn Bhd, AlQina Cuisine, Cosmic Culinary Food Solution, Koperasi Petronas dan penyedia sate Wanmalinja Food Industries Sdn Bhd.
Keseluruhan kos katering untuk tempoh sebelum September (ketika operasi Brahim) adalah dua peratus daripada kos operasi dan seterusnya meningkat sebanyak 0.5 peratus hingga 2.5 peratus daripada jumlah kosnya pada 2023 dengan sembilan pembekal pihak ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Malaysia Airlines menyambung semula sepenuhnya perkhidmatan dalam penerbangan bagi semua sektor susulan pertukaran katering yang berkuat kuasa 1 Sept 2023. - Gambar hiasan/BERNAMA
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
MOTAC lantik 11 individu anggotai MAKEN sesi 2025/2027
Sebanyak 11 individu daripada pelbagai latar belakang telah dilantik menganggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025/2027.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Peka apabila kanak-kanak lapor diganggu secara seksual
Masyarakat disaran tidak menghakimi agar kanak-kanak berupaya melaporkan kes gangguan seksual ke atas mereka meskipun melibatkan ahli keluarga sendiri.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Isu pintu sempadan: Imigresen sedia buka kaunter lebih awal
Jabatan Imigresen Malaysia sedia untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung isu pelajar merentas Sungai Golok menggunakan laluan haram untuk bersekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Masters China: Tang Jie-Ee Wei pamer kebangkitan penuh dramatik sebelum mara ke separuh akhir
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berjaya melangkah ke separuh akhir Masters China.
Sidang Parlimen: 9 kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa
Persidangan Dewan Rakyat minggu ini menyaksikan sembilan lagi kementerian selesai membuat penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.
MAB beli pesawat baharu tingkat keyakinan penumpang
MAB telah melaksanakan proses perolehan pesawat baharu sebagai strategi meningkatkan keyakinan penumpang terhadap syarikat penerbangan berkenaan.
Kadar OTP Malaysia Airlines naik lebih 80 peratus pada Oktober 2024
Beliau berkata peningkatan tersebut adalah susulan pengumuman MAB untuk mengurangkan rangkaian penerbangannya pada hujung Ogos yang lalu.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Parlimen: Beli tiket penerbangan seawal mungkin untuk harga lebih murah - Hasbi
Syarikat penerbangan bersetuju menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa sebagai usaha menangani masalah harga tiket yang tinggi ketika musim puncak.
Malaysia Aviation Group sertai CEO Action Network perkasa perniagaan mampan
Malaysia Aviation Group Bhd sertai CEO Action Network (CAN), gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
MAVCOM lapor 32 peratus penyusutan dalam aduan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima 2,083 aduan pada separuh pertama 2024, penyusutan 32 peratus daripada 3,063 aduan yang diterima dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.