Majlis Penasihat Kerajaan, yang dijangka akan memainkan peranan penting dalam merangka polisi ekonomi dan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), memberi jaminan bahawa ia tidak akan mengabaikan kontraktor Bumiputera.
Perkara tersebut disahkan Pengerusi Eksekutif Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd, Datuk Mokhtar Samad, yang bertemu pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, selama kira-kira 20 minit hari ini.
"Saya sendiri mengaku (kontraktor Bumiputera) masih memerlukan tongkat. Kerajaan baharu akan bantu dengan kaedah-kaedah yang lebih baik daripada dulu," katanya tanpa mendedahkan maklumat terperinci berkenaan apa yang dibincangkan.
"Tun (Daim) dan ahli panelnya memberi jaminan, dia tidak akan tinggalkan kontraktor Bumiputera kerana ianya bukan tentang Bumiputera atau bukan Bumiputera, tetapi tentang bakat dan kebolehan," katanya.
Beliau berkata, kini terdapat kira-kira 40,000 kontraktor Bumiputera di Malaysia, dengan 22,000 daripadanya kontraktor Kelas F.
"Tun juga adalah pemaju perumahan dan dia juga kontraktor, dia faham masalah kami.
"Jadi kepada semua kontraktor Bumiputera, jangan bimbang dan ragu, kerajaan yang ada sekarang ni akan membantu.
"Tetapi, kontraktor Bumiputera hendaklah bersedia menyahut cabaran ini. Sebarang kemajuan mestilah berasaskan persaingan," tambahnya.
Luqman Hariz
Thu May 24 2018

Mokhtar ketika ditemui Astro AWANI selepas perjumpaan dengan Tun Daim hari ini.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Na'imah gagal rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi
Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas mendapati permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid tidak bermerit kerana tiada isu perlembagaan berbangkit dalam kes berkenaan.

Siasatan babit Tun Daim, isteri masih diteruskan - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata wujud indikator yang menunjukkan terdapat aset luar negara yang perlu dikesan berhubung kes berkenaan.

Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta
Keputusan sama ada balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin boleh merujuk persoalan undang-undang berkenaan pertuduhan yang dihadapi berpelembagaan atau sebaliknya pada 18 Feb depan

Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat kembali pasport secara kekal
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid supaya pasportnya dikembalikan kepadanya secara kekal.

Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.

'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.

Kes isytihar harta Tun Daim: Pertuduhan tidak boleh dibiar tergantung - Peguam
Wan Shaharuddin berkata, kuasa untuk meneruskan kes terletak pada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta
Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.

Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast
Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan, biarpun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.

Mengenang Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.