RHB Research menjangka Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan pertumbuhan pendapatan kukuh 13 peratus dalam tahun kewangan 2020, disokong oleh anggaran peningkatan lima peratus dalam kuantiti penumpang.
Pemulihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen juga dijangka menjadi pemangkin bagi pertumbuhan pendapatan, kata firma penyelidikan itu dalam satu kenyataan hari ini.
RHB Research berkata ia mengekalkan saranan 'beli' bagi MAHB dengan harga sasaran pada RM9.25.
Pada 10.40 pagi hari ini, saham MAHB turun 10 sen kepada RM7.79 dengan 408,900 saham diniagakan.
"Risiko kepada saranan dan harga sasaran kami termasuklah trafik penumpang yang lemah daripada dijangkakan, pembatalan rangka kerja Asas Aset Kawal Selia (RAB) dengan model baharu yang dilutif pendapatan, keputusan negatif daripada kes mahkamah yang sedang berjalan dan penurunan ketara TRY (Lira Turki)," kata firma penyelidikan itu.
Melihat kepada harga saham MAHB ketika ini, RHB Research berkata kebanyakan ketidakpastian yang menyelubungi RAB atau rangka kerja lain telah diambil kira.
"Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan dibubarkan dan fungsi-fungsinya akan diletakkan di bawah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
"Walaupun ini bermakna akan membawa kepada ketidakpastian yang lebih tinggi bagi RAB, kami percaya penilaian semasa pada -1.16SD telah lebih mengatasi potensi berita negatif," kata firma itu.
Memandangkan RAB ditetapkan oleh MAVCOM, RHB percaya kebolehlaksanaan rangka kerja itu akan dikaji semula dengan melihat juga kepada model-model lain.
"Dalam tempoh terdekat ini, kami percaya Perjanjian Operasi semasa dijangka digunakan bagi tempoh enam bulan hingga 12 bulan akan datang, sementara menunggu model baharu bagi industri penerbangan," kata RHB Research.
Bernama
Fri Dec 13 2019

Memandangkan RAB ditetapkan oleh MAVCOM, RHB percaya kebolehlaksanaan rangka kerja itu akan dikaji semula dengan melihat juga kepada model-model lain. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MAHB dijangka catat pendapatan kukuh bagi tahun kewangan 2020 - RHB
RHB Research menjangka MAHB mencatatkan pertumbuhan pendapatan kukuh 13 peratus dalam tahun kewangan 2020, disokong oleh anggaran peningkatan lima peratus dalam kuantiti penumpang.