KUALA LUMPUR: Pusat beli belah LaLaport pertama di Asia Tenggara akan mula beroperasi di bandar raya ini bermula 20 Januari 2022.
Syarikat hartanah Jepun, Mitsui Fudosan Co Ltd berkata, pusat beli belah itu yang dikenali sebagai Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC) dibangunkan oleh anak syarikat Mitsui Fudason di Malaysia, MFBBCC Retail Mall Sdn Bhd, syarikat yang ditubuhkan bersama UDA Holdings Bhd, Eco World Development Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
LaLaport BBCC yang merupakan pusat beli-belah gaya hidup dari Jepun itu memiliki keluasan lantai 82,600 meter persegi dan akan menjadi LaLaport kedua Mitsui Fudosan di luar negara selepas Mitsui Shopping Park LaLaport Shanghai Jinqiao.
Menerusi pembukaannya pada bulan hadapan, dijangka sebanyak 400 kedai akan dibuka secara berperingkat dan antara penyewanya termasuk barisan jenama terkenal dari Jepun seperti NITORI, Nojima dan JONETZ oleh DON DON DONKI
Mitsui Fudosan juga akan bekerjasama dengan BBCC bagi menjalankan pembangunan bandar berskala besar yang terdiri daripada pusat beli-belah, kediaman, pangsapuri servis, pejabat dan hotel dengan keluasan tapak 78,500 meter persegi.
"Selepas disiapkan, projek BBCC ini bakal menjadi satu-satunya mercu tanda yang mengunjurkan gaya hidup Jepun baharu, membolehkan masyarakat tempatan "mengamalkan gaya hidup, bekerja, bermain dan berkumpul" dengan cara yang lebih mudah," kata Mitsui Furdosan dalam satu kenyataan.
Katanya, LaLaport BBCC bakal menerajui pembangunan keseluruhan projek itu sebagai hab yang menggalakkan rakyat memahami satu sama lain, menambah baik mutu kehidupan dan menawarkan ketenangan kepada orang ramai.
"Sebagai pusat beli-belah yang menumpukan gaya hidup dari Jepun, LaLaport BBCC mahu pelanggan yakin dengan reka bentuk yang menawarkan pengalaman baharu selain menggabungkan budaya dan trend Malaysia sambil mengekalkan DNA Jepunnya yang tersendiri.
"Selain itu, Star Child, sebuah sekolah taska yang menggabungkan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan intelektual gaya Jepun, akan membuka kemudahan pertamanya di Malaysia di sini di LaLaport," katanya.
Bagi menambah baik pengalaman membeli-belah kepada pelanggan, Aplikasi LaLaport MY Mobile akan tersedia untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai pusat beli-belah itu dan ia dilengkapi ciri-ciri penstriman langsung melalui platform media sosial.
Selain boleh diakses menggunakan kenderaan persendirian, LaLaport BBCC juga boleh dikunjungi menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) menerusi stesen Hang Tuah dan KL Monorel di hentian yang sama.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Dec 17 2021

Pusat beli belah LaLaport pertama di Asia Tenggara akan mula beroperasi di bandar raya ini bermula 20 Januari 2022.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

LaLaport pertama Asia Tenggara beroperasi di Bukit Bintang bermula 20 Jan 2022
LaLaport BBCC akan menjadi LaLaport kedua Mitsui Fudosan di luar negara selepas Mitsui Shopping Park LaLaport Shanghai Jinqiao.