LABUAN: Labuan tidak seharusnya ketinggalan dalam persaingan merebut peluang daripada pertumbuhan ekonomi Borneo, kata Pengerusi Dewan Perniagaan Labuan (LCC) Daniel Doughty.
Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menyumbang kepada kemakmuran ekonomi wilayah Borneo, LCC mengambil bahagian dalam Persidangan Meja Bulat Perniagaan Borneo 2023 (BBR 2023) untuk mengetengahkan kekuatan Labuan, khususnya sektor perkhidmatan kewangan antarabangsanya yang berkembang maju, yang menjadi pemacu penting pertumbuhan ekonomi pulau itu.
Persidangan meja bulat itu yang bertemakan 'Connecting Borneo: Building the Regional Value Chain through Cooperation', (Menghubungkan Borneo: Membina Rantaian Nilai Serantau melalui Kerjasama) dianjurkan bersama oleh Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Brunei Darussalam.
Tumpuan utama BBR2023 yang diadakan di Jakarta, Indonesia, hari ini, adalah untuk mengukuhkan kerjasama serantau dan menggalakkan penyepaduan ekonomi di wilayah Borneo.
Bercakap kepada Bernama, Doughty menjelaskan tentang kepentingan penyertaan Labuan dalam forum ekonomi ASEAN.
"Pembabitan LCC dalam persidangan Meja Bulat Perniagaan Borneo 2023 mencerminkan komitmen Labuan untuk giat menyertai perbincangan serantau dan memanfaatkan kekuatannya dalam peniagaan antarabangsa serta sektor kewangan untuk menyumbang kepada kemakmuran ekonomi wilayah Borneo.
"Penyertaan kami dalam persidangan meja bulat ini memberi peluang kepada ahli kami untuk menjadi sebahagian daripada ekonomi serantau, meningkatkan rangkaian kami, dan pada masa yang sama meletakkan kepentingan Labuan dalam ekonomi serantau Borneo," katanya.
Acara itu menghimpunkan bersama pelbagai pihak berkepentingan untuk membincangkan strategi bagi meningkatkan perdagangan antara wilayah Borneo, menarik pelaburan langsung asing dan melaksanakan penyelesaian digital yang inovatif.
Ia akan menumpukan terutamanya kepada Nusantara, ibu kota baharu Indonesia, dan pasaran digital 'DagangBorneo'.
Persidangan meja bulat itu disertai seramai 75 peserta, termasuk pemimpin komuniti perniagaan dari pelbagai dewan, institusi kewangan dan pertubuhan perniagaan dari Indonesia, Brunei, Sabah, Sarawak, Labuan, Kalimantan Selatan, Singapura, Filipina, Jepun dan Australia.
Para peserta dijangka memperoleh maklumat berharga tentang peluang ekonomi serantau, meningkatkan rangkaian dengan sesama pemegang kepentingan, dan terlibat dalam perbincangan mengenai perdagangan, pelaburan dan pembangunan mampan.
Daniel berkata persidangan meja bulat itu bakal menjadi platform penting untuk berkongsi perkembangan ekonomi terkini di Borneo, memupuk kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan, dan meneroka cara untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kerjasama di wilayah tersebut.
--BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023

LCC mengambil bahagian dalam Persidangan Meja Bulat Perniagaan Borneo 2023 (BBR 2023) untuk mengetengahkan kekuatan Labuan. - Gambar hiasan / Facebook Labuan Port Authority

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.

MAHB sangkal dakwaan AirAsia berhubung pertumbuhan negatif
Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, AirAsia memilih untuk mengambil kenyataan MAHB sebelum ini di luar konteks dengan mengatakan pengendali lapangan terbang itu menjadikan pertumbuhan nega

LCC sudah sedia berpindah ke KLIA 2
Syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) hanya mempunyai masa kurang dua bulan untuk memindahkan operasi masing-masing ke KLIA 2.