Syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) hanya mempunyai masa kurang dua bulan untuk memindahkan operasi masing-masing ke KLIA 2 bagi mengelak kesesakan.
Lapangan terbang berharga RM4 bilion yang akan dikenali sebagai terminal khas LCC terbesar di dunia itu, dijadual dibuka pada 2 Mei, 2014.
Difahamkan operator lapangan terbang, Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), sudah memaklumkan kepada LCC untuk berpindah ke bangunan baharu itu.
Kontraktor bangunan terminal, Bina Puri dan rakannya UEM Construction, juga bersetuju membenarkan syarikat penerbangan, peruncit komersil dan agensi, mula melakukan pengubahsuaian masing-masing.
Difahamkan bahawa kerja-kerja ubah suai di ruang istirahat dilaksanakan oleh syarikat penerbangan baharu yang mempunyai jumlah pesawat yang kecil.
Ia terletak kira-kira 50 meter dari Sama Sama Express Hotel MAHB yang dibina untuk penumpang transit.
Malindo Air, Cebu Pacific dan AirAsia adalah antara syarikat penerangan yang akan memindahkan operasi masing-masing ke KLIA 2.
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, dijangka menggunakan 80 peratus KLIA 2.
Pada mesyuarat Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT) terakhir pada 3 Mac, mereka dimaklumkan bahawa tiada syarikat penerbangan yang menolak untuk berpindah ke KLIA 2.
Selain syarikat penerbangan, 80 peratus ruang peniagaan di terminal itu juga sudah dipenuhi.
Pelbagai jenama, tempatan dan antarabangsa akan beroperasi di KLIA 2.
Hab runcit KLIA 2 ialah antara projek permulaan (EPP) di bawah Bidang ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk sektor pemborongan dan peruncitan.
Ruang perniagaan di KLIA 2 dibahagikan kepada dua bahagian - Terminal Utama dan Gateway@KLIA2 atau Landside Mall.
Ia merupakan perjalanan yang sangat panjang bagi KLIA2 memandangkan tarikh asal lapangan terbang itu dibuka ialah pada September 2011.
Pembukaannya ditangguhkan lima kali dengan kali terakhir pada 2 Mei.
Antara faktor yang menyebabkan penangguhannya ialah MAHB berusaha keras untuk memenuhi senarai hasrat pemegang kepentingan, termasuk muzium untuk mempamerkan pesawat lama.
Atas sebab-sebab yang munasabah, cadangan itu ditolak.
Pemegang kepentingan termasuk pihak berkuasa, orang ramai dan syarikat penerbangan sendiri.
MAHB menganjurkan kira-kira 40 mesyuarat bersama mereka sejak 2009.
klia2 yang mampu menampung Superjumbo A380, seperti yang diminta oleh sebuah syarikat penerbangan kos rendah, kini menjalani ORAT.
ORAT perlu dilakukan tiga bulan sebelum pembukaan.
Dalam memenuhi senarai panjang, beberapa pihak sewenang-wenangnya mendakwa kelewatan itu menyebabkan kos meningkat.
MAHB mendakwa KLIA 2 berharga RM4 bilion, yang akan mengendalikan kira-kira 45 juta penumpang setahun, dibangunkan pada kos paling rendah bagi seorang penumpang.
Ia dilengkapi kemudahan canggih termasuk jambatan udara, landasan yang lebih panjang dan terminal yang lebih besar.
MAHB yakin ia akan memperoleh semula RM4 bilion yang dibelanjakan dalam tempoh dua tahun atau pada 2016.
Bernama
Fri Mar 07 2014

Lapangan terbang KLIA2 yang berharga RM4 bilion akan dikenali sebagai terminal khas LCC terbesar di dunia dan dijadual dibuka pada 2 Mei, 2014.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.

Tahun Baharu Cina: Singapura jangka trafik sesak di pusat pemeriksaan darat
Terdapat jangkaan kelewatan, selain mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen dari 24 Januari hingga 2 Februari.

Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas
Ratusan kenderaan pelbagai jenis turut dilihat berbaris sepanjang lebih 300 meter menuju ke terminal feri seawal 7 malam.

Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.

JPJ tambah baik kualiti perkhidmatan di kaunter bermula Isnin ini
JPJ akan melaksanakan empat penambahbaikan bermula Isnin ini khususnya melibatkan perkhidmatan di kaunter di seluruh negara.

Tambahan parkir tangani kesesakan lalu lintas Cameron Highlands
Kerajaan Pahang komited menangani masalah kesesakan lalu lintas di kawasan pelancongan Cameron Highlands terutama di kawasan Kea Farm, Brinchang dengan penambahan tempat letak kereta.

Kesesakan: Jangan sekadar rawat gejala tapi tangani punca - Pakar
Pakar melihat tidak ada langkah signifikan yang diputuskan oleh jawatankuasa itu, terutama bagi menyelesaikan isu pokok, setakat ini.

ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha
Ia berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

Kemalangan treler dan tiga kereta, lebuh raya PLUS sesak 8km
Laluan di Kilometer (km) 293.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan sesak sepanjang 8 km susulan kemalangan melibatkan treler dan kereta.

Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.