PUTRAJAYA: Warga asing dari 46 buah negara dibenarkan menggunakan sistem pagar automatik (autogate) di semua pintu masuk ke Malaysia bermula 1 Jun nanti.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
Menurutnya, antara negara yang dimasukkan dalam senarai itu adalah 26 buah negara daripada Kesatuan Eropah dan negara dari Asia, termasuklah China, Hong Kong, Bahrain, Kuwait, Jordan, Oman dan Qatar.
“Tanpa kompromi elemen keselamatan, langkah ini akan membolehkan kita mempermudahkan aliran pelancong melepasi kawasan imigresen kita.
“Satu perkara lagi, kemudahan autogate ini juga kita berikan kepada semua kakitangan diplomatik yang bertugas di Malaysia termasuk ahli keluarga.
“Jadi, Jabatan Imigresen, KDN akan bincang dengan Wisma Putra bagi membantu mendapatkan perincian diplomat dan ahli keluarga yang bertugas di Malaysia,” katanya.
Tambah beliau, melalui autogate, butiran semua warga asing, termasuk wajah mereka juga direkodkan dalam data Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), cuma kaedahnya sedikit berbeza.
Jelas Saifuddin Nasution, usaha itu bagi mengurangkan kesesakan terutamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Kompleks CIQ Tambak Johor.
“Saya dapati, dari 1 Januari 2023 hingga suku pertama tahun ini, sehingga 40 juta rekod imigresen, 30.5 juta itu dari KLIA dan Johor.
“Kalau selesai dua perkara ini, kita dapat selesaikan sebahagian besar masalah kesesakan. Kita ada 141 pintu masuk, kalau selesaikan di Johor, KLIA dan KLIA2, tiga perempat masalah dapat diselesaikan.
“Harap bila dilaksana, boleh kurangkan masalah kesesakan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya pada Khamis.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata, susulan pengumuman tersebut, kementerian mencadangkan untuk menambah bilangan kemudahan autogate di semua pintu masuk negara.
Menurutnya, tahun depan Malaysia akan jadi Pengerusi ASEAN dan mesyuarat peringkat menteri dan pegawai kerajaan dari negara lain akan kerap berlangsung di negara ini.
Jelas beliau, inisiatif tersebut merupakan langkah awal untuk mempermudah urusan pemimpin dan diplomat luar negara, termasuk pelancong untuk masuk ke Malaysia.
“Bila kita umumkan penggunaan autogate, kami akan susuli lagi dengan menambah bilangan. Buat masa ini, kita ada 54 buah, ‘inbound’ dan ‘outbound’ bagi KLIA1 dan KLIA2.
“Jadi kami berhasrat untuk tambah lagi 40 buah, jadi 94 buah. Itu juga antara dalam perbincangan kami.
“Penambahan autogate kepada 94 buah, penambahan jumlah pelancong dari 46 negara meningkat, termasuk daripada diplomat, saya yakin itu akan memberikan perubahan baik untuk menguruskan soal pintu masuk kita,” katanya.
Ridauddin Daud
Thu May 16 2024

Saifuddin Nasution berkata, usaha itu bagi mengurangkan kesesakan terutamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Kompleks CIQ Tambak Johor. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Insiden tembakan: Modul latihan pengawal keselamatan akan ditambah baik
Insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor baru-baru ini membuka satu dimensi baharu terhadap keperluan menambah baik modul latihan kepada pengawal keselamatan.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

SOSMA: Pinda segera maksud ancaman kepada negara - Suhakam
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang menekankan keseimbangan antara menjaga keselamatan negara dan hak asasi manusia.

Parlimen: Sistem aduan baharu IPCC dilancarkan bulan depan - Saifuddin
Sistem Pengurusan Aduan dan Siasatan (SPEACS) yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dijangka dilancarkan bulan depan.

Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN, tumpu jenayah rentas sempadan dan siber
ASEAN mengakui keperluan kerjasama serantau melalui perkongsian risikan, peningkatan kapasiti dan operasi bersama.