Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, AirAsia memilih untuk mengambil kenyataan MAHB sebelum ini di luar konteks dengan mengatakan pengendali lapangan terbang itu menjadikan pertumbuhan negatif sebab syarikat penerbangan itu berpindah ke Terminal 1 (T1) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Dalam satu kenyataan, MAHB berkata, hasratnya adalah untuk menyangkal dakwaan AirAsia mengalami pertumbuhan mendatar sejak berpindah ke T1.
"Data jelas menunjukkan bahawa selepas penyatuan operasi, terdapat pertumbuhan trafik yang besar di KKIA secara keseluruhan, begitu juga kepada kumpulan AirAsia, justeru menyumbang kepada peningkatan trafik pelancong untuk Sabah," terang MAHB.
Berhubung insentif yang dibayar, MAHB berkata, beberapa program insentif dari 2002 ke 2009 adalah eksklusif kepada AirAsia.
"Insentif eksklusif itu terutamanya adalah untuk trafik domestik bagi menyokong pertumbuhan perjalanan kos rendah yang belum dijual pada masa itu.
"Selepas itu, program insentif seperti Program Pemulihan Syarikat Penerbangan dan Program Insentif Syarikat Penerbangan 1, 11 dan 111 kemudiannya ditawarkan kepada syarikat penerbangan lain selepas tahun 2009," kata MAHB.
Syarikat penerbangan tambang murah itu dibayar RM376 juta dalam bentuk insentif sehingga kini, atau 44 peratus daripada jumlah keseluruhan insentif dibayar kepada semua syarikat penerbangan, menjadikannya penerima manfaat terbesar, kata MAHB.
Pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata AirAsia bersedia membiayai kos pengubahsuaian Terminal 2 KKIA yang mana dakwanya MAHB mengabaikan untuk diselenggara atau menaik taraf apabila MAHB memutuskan untuk memindahkan AirAsia ke T1.
BACA: Kerajaan kaji cadangan AirAsia pindah operasi ke Terminal 2 KKIA
BACA: Ini pesanan AirAsia kepada MAHB
BACA: MAHB peruntuk RM17 juta untuk KKIA
Sementara itu dalam kenyataan berasingan hari ini, Riad berkata, tiada layanan istimewa diberikan kepada AirAsia terhadap tiga skim insentif berkenaan (ARP, Program Insentif Syarikat Penerbangan (1) dan Program Insentif Syarikat Penerbangan (11), kerana ia juga ditawarkan kepada semua syarikat penerbangan, bukan sahaja AirAsia.
"Kami hanya memanfaatkan insentif disediakan dengan sebaik-baiknya," katanya.
"Sebagai pulangan, Riad berkata, AirAsia sejak memulakan operasi pada 2001, menyumbang sekurang-kurangnya RM3.5 bilion perolehan kepada MAHB dalam bentuk bayaran aeronautik - pendaratan, parkir, aerobridge, kaunter daftar masuk, Bayaran Perkhidmatan Penumpang dan Bayaran Perkhidmatan Keselamatan Penumpang
"Apa-apa pertumbuhan yang dinikmati AirAsia menyumbang secara terus kepada kantung MAHB. Bagi setiap RM1 insentif yang kami terima, kami pulangkan sekurang-kurangnya RM9.33 kepada MAHB - dan ini hanya dari segi sumbangan langsung.
"Jika kita melihat kepada sumbangan tidak langsung daripada sektor runcit, makanan dan minuman serta perolehan bebas cukai yang MAHB peroleh daripada penumpang kami, ia adalah tambahan RM44.39 bagi setiap RM1 insentif, hanya untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sahaja pada 2017," katanya
Riad tidak menafikan peranan MAHB terhadap kejayaan awal AirAsia. Bagaimanapun jelasnya, MAHB melepaskan banyak kerjanya yang baik.
"Malaysia adalah negara pertama di Asia yang mempunyai terminal LCC. Sekarang ini tiada lagi. Sementara itu di bahagian lain di dunia terus bergerak ke arah terminal LCC - Tokyo Narita, Osaka Kansai dan Frankfurt yang mana kesemuanya sedar akan keperluan infrastruktur khas untuk penerbangan tambang murah.
"Seiring masa, kami berharap MAHB akan mencapai kesedaran yang sama supaya kita bersama boleh menjadikan Malaysia 'Dubai of Asia'," tambah Riad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 26 2018
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). - Gambar fail
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.