LANGKAWI: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membelanjakan RM671,000 bagi menyediakan perkhidmatan dua buah bot penambang bagi penduduk Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting di Langkawi, Kedah.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkhidmatan bot itu dikendalikan Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba Dan Selat Berhad (KOPTUBAS) sejak pertengahan tahun lalu.
"Kita amat memahami kepayahan yang dialami oleh penduduk di dua buah pulau tersebut sejak sekian lama.
''Justeru kita mencari jalan penyelesaian menerusi inisiatif perkhidmatan bot penambang untuk kegunaan penduduk di Pilau Tuba dan juga Pulau Dayang Bunting berulang-alik," kata beliau.
Mahdzir berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas menyempurnakan majlis ringkas perasmian bot penambang itu di Jeti Pelancongan Langkawi dekat Pekan Rabu di sini pada Isnin.
Tambah Mahdzir, perbelanjaan perolehan dua buah bot berkenaan dibuat menerusi peruntukan di bawah Program Desa Lestari KPLB.
Perkhidmatan bot penambang yang diberi nama BesTUBA itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 penduduk di dua buah pulau berkenaan.
Datuk Seri Mahdzir Khalid melakukan majlis ringkas perasmian bot penambang itu di Jeti Pelancongan Langkawi pada 21 Mac 2022.
Setiap bot mampu memuatkan sehingga 30 penumpang pada satu-satu masa dan beroperasi setiap hari dengan kekerapan tujuh perjalanan sehari.
"Saya berharap selain memudahkan urusan penduduk di pulau terbabit, perkhidmatan bot itu juga mampu menjana pulangan ekonomi kepada pihak koperasi menerusi perkhidmatan sewaan kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke Langkawi," kata Mahdzir. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Mar 22 2022

Perkhidmatan bot itu dikendalikan Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba Dan Selat Berhad (KOPTUBAS). -Dagang News

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mayat lelaki ditemukan sudah mereput
Mayat tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam.

KPLB sedia perkhidmatan bot penduduk di Pulau Tuba dan Dayang Bunting
Perkhidmatan bot itu dikendalikan Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba Dan Selat Berhad (KOPTUBAS) sejak pertengahan tahun lalu.

Tourism Malaysia lancar lawatan suai kenal ke Pulau Tuba
Tourism Malaysia (TM) Wilayah Utara melancarkan lawatan suai kenal 'Pulau Tuba Eco Expedition 2019' baru-bru ini bertujuan mempromosi Pulau Tuba sebagai sebuah lagi lokasi ekopelancongan.

Tun M mahu bawa kuih Pulau Tuba ke seluruh negara
Hasil produk makanan termasuk kuih-muih di Pulau Tuba akan dikomersialkan dan dipromosi keluar ke seluruh negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Kesejahteraan rakyat antara teras Manifesto BN Kedah - Ahmad Bashah
Manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah untuk pilihan raya umum ke-14(PRU14) akan mencakupi segenap aspek yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Nelayan maut digilis kereta di Langkawi
Seorang lelaki berusia 55 tahun dari Pulau Tuba maut digilis sebuah kereta perdana yang dipercayai dipandu oleh pelancong tempatan di Jalan Padang Matsirat, Pekan Kuah, Langkawi sekitar jam 4 petang.