Maalon Ismail yang baharu sehari kembali menjalankan kerja sebagai nelayan selepas berhenti bertugas sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah syarikat di Langkawi semalam dilaporkan maut di tempat kejadian.
Menurut saksi di tempat kejadian, mangsa sedang melintas jalan apabila beliau dilanggar sebuah kereta yang dipercayai dipandu laju di jalan besar berhampiran Baron Hotel menuju ke jambatan Pekan Kuah.
Tempat kejadian di sekitar Jalan Padang Matsirat, Pekan Kuah, Langkawi sekitar jam 4 petang semalam. - Foto Astro Awani
Menurut rakan mangsa, Asyraf Karim, Maalon baru sahaja naik dari jeti nelayan yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian. Mangsa dilaporkan sedang menyeberang jalan untuk membeli barang keperluan untuk dibawa pulang ke Pulau Tuba.“Balik daripada laut anak menakan cerita kat Pekan Rabu ni dia dengar bunyi belah 'boom' deras sapa belahsapa dia pun tak tau tapi bila dia amik gambar masa tudung tu dia dapat tau orang Tuba nama Mad Lon, seorang pegawai keselamatan Mofas tapi hari dia berhenti dah dia pi ke laut dengan adik pak lah bomba yang balik laut.
Temuramah bersama rakan mangsa, Asyraf Abdul Karim
Mayat telah dihantar ke Hospital Besar Langkawi untuk bedah siasat dan laporan hasil bedah siasat dijangka akan dikeluarkan lewat, malam ini.Menurut pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Fadhlul Wafi Mohd Sabri mengklasifikasikan kejadian kes di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1957.
Pemandu kereta terbabit bagaimana pun dibebaskan di bawah jaminan polis.