Tourism Malaysia (TM) Wilayah Utara melancarkan lawatan suai kenal 'Pulau Tuba Eco Expedition 2019' baru-bru ini bertujuan mempromosi Pulau Tuba sebagai sebuah lagi lokasi ekopelancongan.
Pengarahnya, Ahmad Husni Ahmad Basri berkata lawatan itu juga bagi meninjau sama ada penduduk di pulau itu bersedia menerima kehadiran pelancong ke tempat mereka.
"Kali ini kita membawa 30 orang terdiri daripada pengamal media dan wakil daripada agensi pelancongan yang dibawa khas dari Kuala Lumpur Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis untuk membuat liputan dan mewujudkan pakej pelancongan ke Pulau Tuba.
"Pulau Tuba kurang dikenali ramai kalau nak dibandingkan dengan Pulau Langkawi namun ia kaya dengan keindahan alam semulajadi. Lokasi ini masih belum diusik dan sangat sesuai untuk dijadikan lokasi ekopelancongan ditambah pula dengan aktiviti yang disediakan di sini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Tuba pada Rabu.
Menurutnya, penghuni Pulau Tuba asalnya bergantung kepada pekerjaan sebagai pekebun, nelayan, mengusahakan bot tambang dan menjual hasil laut namun kini mereka sebahagiannya mula beralih kepada sektor pelancongan.
Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata pelbagai jenis tempat penginapan disediakan untuk pelancong yang ingin bermalam di pulau itu termasuk inap desa, chalet mahupun resort yang mampu menampung 700 pelancong pada satu-satu masa.
"Apabila ke Pulau Tuba, para pelancong akan dapat merasai cara hidup dan aktiviti orang kampung yang terkini mahupun aktiviti orang dahulu seperti upacara memanggil yat yat dan kubong. Pelancong juga boleh berkayak, memancing, belajar membuat kuih tradisional dan banyak lagi," katanya.
Pelancong yang berminat melancong ke Pulau Tuba boleh menggunakan perkhidmatan bot di Jeti Dato' Syed Omar yang mengambil masa perjalanan 10 minit sebelum tiba di Jeti Pulau Tuba di sini.
Pada program itu, Ahmad Husni turut menyerahkan pelekat Tahun Melawat Malaysia 2020 kepada Pembantu Operasi Ferryline Venture Kuala Perlis, Che Mohd Saifulden Che Lah untuk dilekatkan pada cermin feri sebagai satu usaha promosi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 12 2019
Pelancong yang berminat melancong ke Pulau Tuba boleh menggunakan perkhidmatan bot di Jeti Dato' Syed Omar yang mengambil masa perjalanan 10 minit sebelum tiba di Jeti Pulau Tuba di sini. Foto: Twitter/@warisantuba_
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
AWANI Tonight: Addressing Malaysia’s literacy, numeracy gaps
As of October, nearly 74,000 Year 1 pupils have yet to master basic literacy and numeracy skills. Chan Soon Seng from Teach For Malaysia highlights the contributing factors and emphasises the need for more tailored approaches to support students.
479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut
Ribut yang melanda empat perkampungan atas air di sini semalam mengakibatkan 497 orang terjejas dengan 113 kediaman rosak serta roboh.
Permintaan pelancongan marin semakin meningkat - Tourism Malaysia
Pelbagai program dan kursus giat dijalankan untuk menyampaikan maklumat kepada pemandu pelancong dan agensi pelancongan di Malaysia.
Tourism Malaysia lancar lawatan suai kenal ke Pulau Tuba
Tourism Malaysia (TM) Wilayah Utara melancarkan lawatan suai kenal 'Pulau Tuba Eco Expedition 2019' baru-bru ini bertujuan mempromosi Pulau Tuba sebagai sebuah lagi lokasi ekopelancongan.