KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Bhd telah memeterai Perjanjian Kerjasama Strategik dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi anak syarikat milik penuhnya bagi membantu memulihkan pesakit dari segi fizikal, vokasional dan psikologi sebelum kembali menjalani kehidupan normal.
Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kerjasama awam-swasta dua tahun itu akan membolehkan Perkeso menyediakan langkah pencegahan awal, perkhidmatan pemulihan yang komprehensif serta meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan pemulihan kepada lebih ramai individu berinsurans di bawah Perkeso, di Hospital Pakar KPJ terpilih di seluruh negara.
"Ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan pemulihan kepada lebih ramai individu berinsurans di bawah Perkeso dengan menempatkan pesakit-pesakit ini di fasiliti KPJ Healthcare, sekali gus membolehkan mereka menerima rawatan dan kembali bekerja secepat mungkin.
"Proses pemulihan juga boleh dipercepatkan dan dioptimumkan supaya pesakit boleh kembali bekerja dan menyara keluarga mereka.
"Ini selaras dengan matlamat Program Return-To-Work Perkeso yang menekankan kepada langkah pencegahan awal serta pemulihan intensif," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Antara perkhidmatan yang disediakan dalam kerjasama itu adalah rawatan pesakit dalam, penjagaan kejururawatan, fisioterapi, terapi pekerjaan serta pertuturan, dan lain-lain, bergantung kepada keperluan pesakit.
Pegawai Pimpinan KPJ Healthcare Norhaizam Mohammad pula dalam kenyataan sama berkata kerjasama itu penting dalam merapatkan jurang antara institusi awam dan swasta, pada masa yang sama memaksimumkan dengan efektif semua keupayaan penjagaan kesihatan dalam negara.
"Sejak Jun tahun lepas, kami telah pun menerima pesakit dari Perkeso di Hospital Pakar KPJ Sabah, dan baru-baru ini di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), dan kami berharap dapat menawarkan lebih banyak kemudahan KPJ Helathcare melalui perkongsian strategik ini," katanya.
Perjanjian Kerjasama itu ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi Perkeso Datuk Dr Hafez Hussain yang mewakili Mohammed Azman, dan Norhaizam Mohammad bagi pihak KPJ Healthcare, dengan disaksikan oleh Pemanku Ketua Pegawai Operasi KPJ Healthcare Mohamad Farid Salim dan Ketua Pegawai Perubatan Pusat Rehabilitasi Perkeso Dr Nur Liyana Kahar.
Program pesakit luar ini kini boleh didapati di Hospital Pakar KPJ Rawang, Hospital Pakar KPJ Perlis, Hospital Pakar KPJ Bandar Dato' Onn, Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Hospital Pakar KPJ Kuantan, Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang dan Hospital Pakar KPJ Sentosa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 21 2023
![KPJ Healthcare tandatangan kerjasama strategik dengan Perkeso KPJ Healthcare tandatangan kerjasama strategik dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674264751_Hospital.jpg)
KPJ Healthcare memeterai Perjanjian Kerjasama Strategik dengan Perkeso bagi membantu memulihkan pesakit dari segi fizikal, vokasional dan psikologi. -Bernama
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600 Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
![KPJ Healthcare lancar sistem kesihatan akademik pertama di Malaysia KPJ Healthcare lancar sistem kesihatan akademik pertama di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730045876_KPJHealthcareBhd.jpg)
KPJ Healthcare lancar sistem kesihatan akademik pertama di Malaysia
Sistem Kesihatan KPJ menjadikan hospital sebagai pusat pembelajaran serta penerokaan ilmu.
![MIH Megatrends: Kesedaran rakyat, pemain industri tentang penjagaan kesihatan terus meningkat - KPJ Healthcare MIH Megatrends: Kesedaran rakyat, pemain industri tentang penjagaan kesihatan terus meningkat - KPJ Healthcare](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730026383_KPJHealthcareChin.jpg)
MIH Megatrends: Kesedaran rakyat, pemain industri tentang penjagaan kesihatan terus meningkat - KPJ Healthcare
MIH Megatrends 2024 berjaya wujudkan perbincangan lebih mendalam tentang isu kesihatan, daripada AI sehinggalah inovasi digital kesihatan.
![MCMC jalin kerjasama dengan tiga pihak, tangani cabaran penjagaan kesihatan MCMC jalin kerjasama dengan tiga pihak, tangani cabaran penjagaan kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161712_MCMCLogo.jpg)
MCMC jalin kerjasama dengan tiga pihak, tangani cabaran penjagaan kesihatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalinkan kerjasama strategik dengan tiga pihak dari luar negara bagi menangani cabaran penjagaan kesihatan.
![Malaysia kurang berbelanja untuk kesihatan, sektor swasta perlu tambah pelaburan - Dzulkefly Malaysia kurang berbelanja untuk kesihatan, sektor swasta perlu tambah pelaburan - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729494228_tbMIHMegatrends.jpg)
Malaysia kurang berbelanja untuk kesihatan, sektor swasta perlu tambah pelaburan - Dzulkefly
Malaysia ketika ini kurang berbelanja untuk sektor kesihatan berdasarkan kepada nisbah peruntukan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
![KPJ Healthcare perkenal identiti jenama baharu KPJ Healthcare perkenal identiti jenama baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722980379_rebrandingevent.jpg)
KPJ Healthcare perkenal identiti jenama baharu
Ismail berkata KPJ Healthcare berjaya berkembang menjadi rangkaian hospital terbesar di Malaysia yang mengendalikan 29 hospital ketika ini.
![KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714193665_TBKPJ.jpg)
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
![Permintaan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta diunjur terus meningkat Permintaan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta diunjur terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709700176_TBHOSPITALROOM.jpg)
Permintaan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta diunjur terus meningkat
Perkembangan itu juga disokong oleh peningkatan jumlah penyakit tidak berjangkit (NCD) dan masyarakat yang semakin tua.
![KPJ Healthcare meterai kolaborasi strategik dengan Mayo Clinic, ubah landskap perubatan Malaysia KPJ Healthcare meterai kolaborasi strategik dengan Mayo Clinic, ubah landskap perubatan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708134214_KPJ.jpg)
KPJ Healthcare meterai kolaborasi strategik dengan Mayo Clinic, ubah landskap perubatan Malaysia
KPJ Healthcare Berhad memeterai kolaborasi strategik bersama Mayo Clinic melalui dua hospital pakar iaitu KPJ Damansara Specialist Hospital dan Damansara Specialist Hospital 2.
![KPJ Healthcare, Cenviro terajui revolusi penjagaan kesihatan hijau KPJ Healthcare, Cenviro terajui revolusi penjagaan kesihatan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700530869_landskapperubatan.jpg)
KPJ Healthcare, Cenviro terajui revolusi penjagaan kesihatan hijau
Usaha ini membuka lembaran baharu dalam memperkasakan komitmen KPJ Healthcare untuk menyepadukan elemen kelestarian.