KUALA LUMPUR: Siapa untung dalam pertembungan dua kuasa dunia, China dan Amerika Syarikat dalam industri cip global?
Persoalan itu dikupas oleh Financial Times dan analisisnya ialah, Malaysia, disifatkan sebagai negara pemenang dalam pertembungan dua gergasi itu.
Financial Times antara lain melaporkan, banyak syarikat gergasi teknologi membuka kilang di Asia Tenggara dan naratif laporan ini tertumpu kepada jumlah pelaburan langsung asing (FDI) direkodkan di Pulau Pinang dan impaknya kepada Malaysia secara keseluruhannya.
Laporan sama memetik jumlah FDI di Pulau Pinang meningkat kepada RM60.1 bilion melebihi jumlah terkumpul dari 2013 hingga 2020.
Menurut Ketua Eksekutif Kemikon, Marcel Wismer, ketika ini banyak gergasi dari Korea, Jepun malah Barat berlumba-lumba mencari peluang di Pulau Pinang.
"Sekatan dari Amerika menyebabkan syarikat peralatan semikonduktor utama tidak mengeksport produk mereka ke China.
"Ini menyebabkan banyak syarikat dari China mengambil langkah strategik, memindahkan operasi ke banyak lokasi di Asia Tenggara dan Pulau Pinang dilihat lokasi berpotensi," katanya.
InvestPenang menganggarkan terdapat 55 syarikat tanah besar di Pulau Pinang berbanding 16 sebelum sekatan antaranya Fengshi Metal Technology.
Perkembangan pesat itu menyebabkan muncul kebimbangan daripada penganalisis bahawa Amerika Syarikat akan bertindak menyekat teknologi China yang dibangunkan di Malaysia.
Namun bagi Eksekutif Negara Bank of America, Gautam Puntambekar, Malaysia tidak terkecuali namun kepelbagaian rantaian bekalan dari China akan kekal jadi tumpuan utama banyak syarikat.
Pada tahun lalu, Malaysia di hadapan sebagai pengimport utama cip Amerika di peringkat global dengan 20 peratus meninggalkan Taiwan dengan 15.1 peratus, Vietnam 11.6 peratus dan Thailand 8.7 peratus.
Walaupun gergasi China berlumba mengukuhkan kedudukan, syarikat gergasi dari Amerika dan Jerman tidak mahu ketinggalan.
Sebagai contoh, Micron tahun lalu umumkan melancarkan kemudahan kedua untuk pemasangan dan ujian di Pulau Pinang
Selain itu, Infineon mengumumkan perancangan meningkatkan kemudahannya di Kulim, Kedah bagi membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida (SIC) 200-milimeter (MM) terbesar di dunia bagi tempoh lima tahun
Walaupun Pulau Pinang berjaya menarik jumlah FDI tinggi, tetapi naratif kemajuan mengusung sama kelemahan antaranya kekurangan bakat tempatan bagi menyokong pembangunan industri.
Selain itu, artikel sama memetik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sektor elektrik dan elektronik memerlukan 50 ribu jurutera.
Namun hanya lima ribu graduan jurusan itu direkodkan malah lebih parah apabila ramai dalam kalangan mereka memilih bekerja di Singapura dengan gaji lebih lumayan.
Malah ujarnya, gaji graduan baharu masih berada di bawah sektor profesional lain dan perkara ini menyebabkan negara berdepan masalah rantaian bekalan di masa akan datang.
Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru usaha membangun bakat tempatan dipergiat bagi memenuhi keperluan selain menawarkan gaji progresif.
Apa pun, ketegangan di antara Washington dan Beijing dilihat sebagai satu limpahan buat Malaysia khususnya Pulau Pinang dalam memajukan industri cip global selain industri elektrik dan elektronik yang lain.
Syafik Shukri Jalil
Mon Mar 11 2024
![Konflik AS-China: Malaysia negara pemenang pertembungan dua kuasa besar - FT Konflik AS-China: Malaysia negara pemenang pertembungan dua kuasa besar - FT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710153413_TBUSAChina.jpg)
Walaupun gergasi China berlumba mengukuhkan kedudukan, syarikat gergasi dari Amerika dan Jerman tidak mahu ketinggalan. - Gambar fail
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
![China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739490874_HeYongqian.jpg)
China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.
![China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
![Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
![Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881141_TBDeepseek.jpg)
Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.
![Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725703233_durian.jpg)
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
![Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738801773_tbTheDeepSeekapp.jpg)
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
![China tolak rancangan Trump untuk ambil alih Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin China tolak rancangan Trump untuk ambil alih Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732314016_TBChinaflag.jpg)
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
![Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738714681_tbGobindSinghDeo.jpg)
Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.