Pemerhati berpendapat Amerika dijangka melangkah ke tahun baru 2013 tanpa satu perjanjian dicapai.

Kesannya mungkin akan dirasai ekonomi dunia selewat-lewatnya pada akhir Januari atau awal Februari depan.

Menurut Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad, Pengerusi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), dengan berlakunya tebing fiskal itu perbelanjaan persekutuan akan dikurangkan dan cukai dinaikkan secara automatik.

Mengulas kesannya kepada ekonomi Malaysia pula, Akram Shah Sanusi, Pengerusi Mayc Global Relief, memberitahu negara mempunyai kekuatan untuk menampan ancaman daripada Amerika itu.

Ini kerana kerajaan telah membuat persiapan awal menerusi program transformasi ekonomi, (ETP) yang bertujuan menggalakkan pelaburan domestik.

Namun untuk jangka panjang, aktiviti eksport Malaysia mungkin akan terjejas selain potensi penarikan balik pelaburan langsung asing, (FDI) daripada Amerika.