Syarikat pembinaan, Kerjaya Prospek Group Bhd, dijangka memperuntukkan antara RM30 juta dan RM50 juta bagi perbelanjaan modal pada tahun ini untuk menambah baik ekosistem dan peralatan lojinya.
Pengerusi Eksekutif Datuk Tee Eng Ho berkata syarikat akan melabur RM20 juta hingga RM30 juta dalam teknologi, terutamanya Sistem Binaan Berindustri (IBS), untuk mengurangkan lagi kos buruh.
"Selepas menukar daripada sistem konvensional kepada IBS (pada 2010), kami berjaya mengurangkan jumlah pekerja sebanyak 50 peratus kepada lebih 2,000 pekerja, iaitu 90 peratus adalah warga asing.
"Kami tidak merancang untuk mengurangkan lagi tenaga kerja kami buat masa ini, tetapi dengan teknologi baharu yang bertambah baik, lebih banyak kerja boleh dilakukan dan ia akan menjimatkan kira-kira 30 hingga 40 peratus keperluan tenaga kerja dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu di sini pada Isnin.
Walaupun perbelanjaan modal sehingga RM50 juta adalah kira-kira 40 peratus daripada keuntungannya, kumpulan akan terus melabur untuk mengekalkan keuntungannya, katanya.
Wang tersebut daripada dana dalaman, bukan daripada pinjaman.
"Tunai bersih kami berjumlah RM160 juta sehingga September tahun lepas, dan kadar pelaburan kami lebih perlahan berbanding aliran tunai kami dan kami akan terus melabur apabila terdapat peluang," katanya.
Dengan lebih banyak tunai daripada operasinya, syarikat menggunakan dasar dividen untuk membayar minimum 25 peratus daripada keuntungannya selepas cukai dan kepentingan minoriti pada Ogos tahun lepas tetapi lazimnya, ia akan memberi lebih banyak, katanya.
Dalam perkembangan lain, Tee berkata syarikat telah mencatat rekod baharu di Malaysia dengan memperoleh 83.3 bagi Conquas (Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan) bagi (pembinaan) projek Setia Sky 88 di bawah Setia City Development Sdn Bhd.
Skor 80 bermakna 80 peratus daripada barangan yang dinilai bagi kualiti mutu kerja memenuhi standard Conquas, merupakan sistem pensijilan yang berpangkalan di Singapura mengukur kualiti projek pembinaan.
Beliau berkata pencapaian itu susulan penggunaan sistem IBS, yang bukan sahaja menyumbang dari segi kepantasan tetapi juga kualiti.
Tee percaya Kerjaya Prospek akan memperoleh skor yang lebih baik dengan projek yang sedang dilaksanakan.
Mengenai projek yang siap, beberapa kontraktor yang memperoleh skor lebih 80 peratus bagi Conquas akan dibayar bonus sebanyak satu peratus daripada nilai pembangunan oleh pemaju, katanya.
Sementara itu, kumpulan tersebut telah menetapkan sasaran penambahan nilai perolehan kontrak dalaman sebanyak RM1 bilion bagi tahun ini walaupun pasaran perumahan lembap dan yakin akan dapat mencapainya.
Mengenai masa depan, kumpulan itu akan terus mendapatkan projek bangunan tinggi terutamanya di Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Tee berkata syarikatnya telah memperoleh simpanan tanah yang besar, yang akan melibatkan projek dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM1 bilion, dan kontrak pembinaan akan diserahkan kepada Kerjaya Prospek, di mana beliau adalah pemegang saham utama dengan pegangan kira-kira 70 peratus.
Kumpulan itu juga mempunyai nilai perolehan kontrak sebanyak RM1.3 bilion pada masa ini, dengan kadar kejayaan pembidaan normal sebanyak 20 peratus.
Di EGM pada Isnin, kumpulan itu mendapat kelulusan daripada pemegang sahamnya bagi terbitan cadangan bonus sehingga 677.44 juta saham baharu berdasarkan enam saham bonus bagi setiap lima saham sedia ada yang dipegang dan terbitan bonus sehingga 169.36 juta waran baharu berdasarkan enam waran bonus bagi setiap 20 saham sedia ada yang dipegang.
Selepas selesai cadangan tersebut, modal saham diperbesarkan Kerjaya Prospek atas dasar cair sepenuhnya akan berjumlah 1.41 bilion saham.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2018
Syarikat akan melabur RM20 juta hingga RM30 juta dalam teknologi, terutamanya Sistem Binaan Berindustri (IBS), untuk mengurangkan lagi kos buruh.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar
Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri.
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Penyasaran subsidi diesel mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Program memfail borang nyata cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024
Pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.
New Zealand batal larangan generasi merokok, bantu tampung pemotongan cukai
New Zealand akan membatalkan larangan generasi merokok untuk membantu menampung pemotongan cukai yang dijanjikan.