KUALA LUMPUR: Kerajaan amat optimis bahawa Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun ini berikutan kepelbagaian ekonomi negara berdasarkan data terkini yang positif daripada agensi antarabangsa terkemuka, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
"Kita lihat Amerika Syarikat (AS) dan ekonomi global, (mereka) berada di bawah tekanan dan berdasarkan anggaran penganalisis, kita telah menyaksikan suku kedua (yang) agak teruk.
"Bagi Malaysia, kita telah menyaksikan pertumbuhan suku kedua yang kukuh dan untuk suku ketiga, kami berasakan momentum akan berada pada pertumbuhan untuk negara tetapi kita perlu ingat kesan asas pada suku ketiga tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kemudahan Insurans dan Takaful i-Lindung di sini hari ini.
Tengku Zafrul berkata data menunjukkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus pada 2022 masih berada di landasan.
"Kita terjejas dengan kelembapan ekonomi AS. Ia menjadi amat cair, justeru, sebagai negara perdagangan, ekonomi terbuka dan juga kecil, kita perlu memantau pertumbuhan di peringkat global," katanya.
Beliau berkata walaupun angka pertumbuhan mengikut sektor dilihat tidak sekata, sektor tertentu seperti minyak sawit, minyak dan gas serta pembuatan mencatatkan prestasi yang baik setakat ini.
Selain itu, katanya kerajaan melalui dasar fiskal perlu memainkan peranan untuk memastikan ekonomi berada di landasan yang tepat.
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata Malaysia, bersama dengan negara lain, perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan, termasuk kemelesetan global.
Mengenai ruang fiskal, katanya Malaysia masih berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding tahun lepas, berdasarkan pertumbuhan ekonomi dan harga komoditi yang meningkat.
"Kerajaan menyedari mengenai kebimbangan itu dan telah menyaksikan impak daripada apa yang berlaku di peringkat global kepada Malaysia," katanya, sambil menambah bahawa kerajaan baru-baru ini telah menaikkan Bantuan Keluarga Malaysia, bantuan tunai langsung yang terbesar, mencecah RM8 bilion setakat ini.
Oleh itu, beliau menegaskan bahawa ruang fiskal perlu diteruskan dan kerajaan sedang mengkaji cara untuk menjimatkan wang bagi memastikan dana dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan sokongan kerajaan.
"Buat masa ini, defisit fiskal akan terus berada dalam julat 6.0 peratus seperti yang disasarkan dan kami akan terus memantaunya," katanya sambil menambah hutang statutori Malaysia masih di bawah had yang diluluskan sejajar dengan sasaran defisit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022

Tengku Zafrul berkata data menunjukkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus pada 2022 masih berada di landasan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan optimis pertumbuhan Malaysia positif pada tahun ini - Tengku Zafrul
Kerajaan amat optimis bahawa Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun ini berikutan kepelbagaian ekonomi negara.