KUALA LUMPUR: Demi kepentingan ketelusan, sebab harus diberikan mengapa keputusan dibuat untuk mengenakan kompaun kepada empat eksekutif tertinggi Serba Dinamik Holdings Bhd dan bukannya terus mendakwa bayaran mereka, menurut sebuah komentar.
Mengulas mengenai perkembangan terbaru di Serba Dinamik, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG), Devanesan Evanson berkata keputusan untuk mengeluarkan kompaun terhadap empat eksekutif itu telah menimbulkan pelbagai persoalan dan pendapat.
"Sebagai prinsip umum, jenayah tidak sepatutnya diselesaikan dengan bayaran. Pengawal selia selalunya mengenakan denda tiga kali ganda jumlah keuntungan haram (atau kerugian yang dielakkan) untuk memberi mesej bahawa mereka tidak akan membenarkan sesiapa mendapat keuntungan daripada aktiviti jenayah mereka.
"Begitu juga bagi langkah pencegahan tambahan, hukuman penjara juga dikenakan untuk membawa menyampaikan mesej ini. Mesej yang ingin dihantar ialah tidak sepatutnya ada sebarang timbang tara antara aktiviti haram dan kos sekatan," katanya.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam satu kenyataan pada 13 April lepas berkata Serba Dinamik dan empat eksekutif tertinggi telah dikenakan kompaun sebanyak RM3 juta setiap seorang kerana mengemukakan penyata palsu yang melibatkan hasil RM6.01 bilion untuk tempoh kewangannya yang berakhir 31 Disember, 2020.
Empat individu itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, Pengarah Eksekutif, Datuk Syed Nazim Syed Faisal yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dari Jun 2016 hingga pertengahan tahun 2020, CFO kumpulan ketika ini iaitu Azhan Azmi, dan Naib Presiden Akaun dan Kewangan, Muhammad Hafiz Othman.
Devanesan berkata dalam kes Serba Dinamik, SC telah menyatakan bahawa keputusan kompaun adalah hasil keputusan Pendakwa Raya untuk menerima representasi yang dibuat kepada Jabatan Peguam Negara oleh Serba Dinamik dan individu terbabit berhubung pertuduhan yang belum selesai di mahkamah.
Perlembagaan Persekutuan Perkara 145 (3) menyatakan bahawa Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa, boleh dilaksanakan mengikut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.
Sehubungan itu, Peguam Negara mempunyai budi bicara tunggal dan tidak terikat untuk mendakwa atau menghentikan pertuduhan terhadap individu atau syarikat yang dituduh. Demi kepentingan ketelusan, sebab harus diberikan mengapa keputusan dibuat untuk mengenakan kompaun dan tidak meneruskan pertuduhan.
Devanesan menegaskan bahawa kompaun adalah muktamad kerana ia membebaskan mereka yang dituduh daripada sebarang tindakan lanjut berhubung pertuduhan tersebut. SC mengambil arahan daripada Jabatan Peguam Negara sebelum mendakwa sesiapa dan setakat ini, SC mungkin diwajibkan untuk tidak meneruskan pendakwaan.
"Di sini juga perlu dijelaskan mengapa keputusan awal untuk meneruskan pertuduhan jenayah kemudiannya digantikan dengan kompaun. Sebab untuk ini juga harus dibuat secara telus.
"Demi kepentingan ketelusan, Jabatan Peguam Negara boleh menggunakan budi bicara dan menjelaskan sebab-sebabnya. Pertuduhan jenayah yang dihadapi empat eksekutif itu adalah di bawah Seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA) dibaca bersama Seksyen 368(1)(b)(i) akta yang sama."
Ia membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM3 juta jika sabit kesalahan.
SC mengenakan kompaun maksimum yang dibenarkan. SC telah menyatakan bahawa RM3 juta itu adalah jumlah maksimum kompaun yang dibenarkan di bawah Seksyen 369(a)(B) CMSA.
"Dalam menawarkan kompaun, seseorang mesti berhati-hati untuk tidak mencipta duluan yang berbahaya. Apa yang diperhatikan bahawa beberapa pertuduhan yang lebih rendah pada masa lalu tidak dikenakan kompaun tetapi diteruskan ke perbicaraan dengan hukuman penjara.
"Kita mesti mengambil kira mesej yang kita hantar kepada pasaran modal dan bakal pesalah. Jenayah tidak boleh diselesaikan dengan bayaran. Sekatan mesti berperanan sebagai penghalang yang mencukupi kepada bakal pesalah. Bagi setiap salah laku, mesti ada sekatan," katanya.
Devanesan berkata Jabatan Peguam Negara perlu membezakan dengan secukupnya kes Serba Dinamik daripada kes-kes lain pada masa depan dan menerangkan sebabnya dengan jelas dan itu sebabnya wujud keperluan untuk mengetahui sebab keputusan tersebut.
Beliau berkata bahawa Jabatan Peguam Negara kini mungkin dikekang daripada menerima representasi untuk kompaun dalam kes-kes akan datang di mana pertuduhan adalah lebih ringan kerana keutamaan yang ditetapkan.
"Hakim melakukannya sepanjang masa apabila mereka membuat keputusan -- mereka mempunyai nisbah "decidendi" yang bermaksud 'sebab' atau 'rasional' dalam bahasa Latin untuk keputusan itu.
"Secara ringka, ia adalah sebab keputusan itu. Begitu juga bagi setiap penggunaan budi bicara harus disokong oleh sebab untuk membuat keputusan. Apa yang diperlukan mungkin adalah beberapa pembaharuan struktur. Kebijaksanaan mutlak semakin ketinggalan zaman. Ia digantikan dengan budi bicara yang bertanggungjawab.
"Semua budi bicara harus disesuaikan dengan akauntabiliti -- nisbah decidendi. Setiap penggunaan budi bicara hendaklah disokong oleh rasional untuk melaksanakan budi bicara tertentu.
Dalam kes Serba Dinamik, ramai pelabur telah mengalami kerugian -- mereka tidak akan mendapat menebus kerugian mereka, sekurang-kurangnya pada masa hadapan yang boleh dijangka. Ia sememangnya satu peristiwa yang menyedihkan bagi kebanyakan pemegang saham minoriti.
Devanesan berkata pelaksanaan budi bicara sama ada untuk mengenakan kompaun atau tidak untuk kesalahan berkaitan pasaran modal mempunyai implikasi yang meluas kepada pasaran modal, ia mungkin menghalang pembangunan pasaran modal yang adil dan teratur.
"Kita tidak keseorangan. Pasaran modal kita mestilah cukup menarik untuk pelaburan asing juga. Mesti ada kepastian tentang cara kita menangani sesuatu."
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
DEVANESAN: Mesej yang ingin dihantar ialah tidak sepatutnya ada sebarang timbang tara antara aktiviti haram dan kos sekatan. - Foto MSWG
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
Ikon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan melahirkan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia selepas sekian lama.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pembedahan kardiotorasik komponen penting dalam penjagaan kardiovaskular - Dr Dzulkefly
Melatih lebih ramai pakar bedah ialah keutamaan untuk capai objektif bawa penjagaan pembedahan kardiotorasik lebih dekat dengan rakyat.
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan orang di Kelantan
Enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Jenayah: Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Tindakan dua lelaki mencuri kabel pencawang elektrik milik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Seksyen 6 di Shah Alam, pada Jumaat.
Mahkamah ketepi rayuan penggulungan selepas Serba Dinamik, 3 anak syarikat tarik balik rayuan
Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.
Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.
Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.
Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai
Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.
Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.
Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.
Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.
Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.
Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat
Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.