Kempen Save Our Shops (S.O.S) yang baru dilancarkan AirAsia untuk membantu peniaga memasarkan produk secara dalam talian menerima sambutan menggalakkan dengan 580 peniaga baharu mendaftar setakat 8 April untuk menjalankan perkhidmatan penghantaran ke rumah.
Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, cabang logistik Kumpulan AirAsia Pete Chareonwongsak berkata peniaga tersebut menyediakan produk keperluan harian, barangan kanak-kanak, fesyen, barangan isi rumah, produk kecantikan, produk gaya hidup dan penjagaan kesihatan.
"AirAsia mempromosi kempen ini menerusi semua saluran pemasaran sedia ada termasuk laman web AirAsia.com kerana kami menghimpunkan pasukan kami untuk menggunakan sumber, teknologi dan masa mereka dalam membantu perniagaan tempatan berniaga secara dalam talian dan bersedia dengan e-dagang.
"Kami telah membantu perniagaan untuk berniaga dalam talian dalam tempoh tiga hari, dan ia adalah satu kejayaan besar. Kami juga telah mendapatkan lebih banyak Teleport atau Pemacu Teleport berikutan permintaan yang meningkat bagi penghantaran ke rumah," katanya kepada Bernama.
Kempen S.O.S dilancarkan pada 4 April, 2020 untuk membantu perniagaan tempatan yang terjejas teruk oleh COVID-19 dengan memasarkan produk mereka melalui platform e-dagang, OURSHOP dan diperkasa oleh Teleport.
Kempen itu akan membolehkan peniaga mendaftar tanpa sebarang fi penyenaraian dan komisen untuk memasarkan produk mereka di OURSHOP sepanjang April.
Chareonwongsak berkata sejak kempen itu dilancarkan, Teleport telah menerima lebih 3,600 permohonan daripada peniaga.
Beliau berkata perkhidmatan penghantaran ke rumah yang buat masa ini hanya dijalankan di Semenanjung Malaysia akan diperluas ke Sabah dan Sarawak serta pasaran antarabangsa, dalam masa terdekat.
Menurutnya fi penghantaran sama rata sebanyak RM7 akan dikenakan ketika kempen itu dan ia mungkin berubah selepas kempen berkenaan, kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 10 2020

AirAsia mempromosi kempen ini menerusi semua saluran pemasaran sedia ada termasuk laman web AirAsia.com. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.