KUALA LUMPUR: Sektor perbankan Malaysia berada pada kedudukan yang mantap untuk menangani potensi kemerosotan kualiti aset yang timbul akibat tekanan inflasi, kadar faedah yang lebih tinggi dan ancaman pertumbuhan global yang lebih perlahan, kata RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings).
Ketua Bersama Penarafan Institusi Kewangannya Wong Yin Ching percaya kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) dan dua bank kecil di Amerika Syarikat baru-baru ini tidak akan menjejaskan penarafan ke atas bank tempatan.
Beliau menjangkakan pertumbuhan pinjaman akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.
Kemerosotan permohonan pinjaman sejak beberapa bulan terakhir di tengah-tengah kenaikan kadar faedah menandakan permintaan kredit yang lemah.
"Oleh itu, kemunculan China daripada pengasingan sewajarnya merangsang pertumbuhan pinjaman perniagaan kerana ia merupakan penyumbang utama kepada perdagangan dan ketibaan pelancong Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Wong berkata pinjaman terjejas kasar (GIL) boleh meningkat kerana kos sara hidup yang lebih tinggi dan kenaikan kadar kumulatif 100 mata asas pada 2022 menghalang keupayaan pembayaran balik peminjam, terutamanya mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah serta perusahaan kecil.
Langkah penangguhan pinjaman yang berterusan juga mampu meningkatkan tunggakan walaupun kadar purata pinjaman domestik di bawah bantuan dalam lapan kumpulan perbankan terpilih telah berkurangan kepada bawah tiga peratus.
Beliau berkata nisbah GIL industri agak stabil pada 1.72 peratus menjelang akhir 2022 (2021: 1.68 peratus).
"Kami percaya kelemahan kualiti kredit akhirnya, akan dibendung, mengambil kira standard pengunderaitan berhemat bank. Nisbah GIL boleh terus menokok kepada 2.0 peratus menjelang akhir 2023," tambah Wong.
Memandangkan bank-bank Malaysia sedang menyelaraskan diri bagi menangani risiko iklim sejajar dengan keperluan pengawalseliaan, RAM Ratings menjangka untuk melihat lebih banyak bank menawarkan dan menyesuaikan lebih banyak produk (termasuk hijau, berkaitan kelestarian atau pembiayaan peralihan) bagi membantu pelanggan dan perniagaan menyahkarbon, yang mungkin menawarkan cara untuk mendapatkan kelebihan berbanding persaingan mereka.
RAM Ratings telah mengekalkan prospek stabil terhadap sektor perbankan Malaysia.
Sementara itu, Maybank Investment Bank Bhd berpendapat bank-bank Malaysia mempunyai perbandingan yang baik, dengan kecairan yang mencukupi (nisbah pinjaman kepada deposit: 92 peratus, nisbah liputan kecairan: 145 peratus)/ modal, asas deposit melekit/pelbagai termasuk kunci kira-kira yang jauh lebih rendah daripada terdedah kepada risiko kadar faedah.
Pengurus Portfolio Ekuiti Asia Eastpring, Sundeep Bihani ketika mengulas mengenai kewangan Asia berkata kebanyakan bank pusat Asia cenderung bersikap konservatif dalam pengawasan mereka terhadap bank dan menggunakan piawaian ketat berhubung parameter pembiayaan perbankan.
Banyak bank pusat Asia masih ingat pelajaran daripada Krisis Kewangan Asia 1997 dan berkata kewangan Asia mempunyai tahap modal yang lebih tinggi daripada yang dikawal selia, serta yang mana, tempoh aset dan liabiliti mereka dipadankan dengan baik.
"Bagi bank-bank Asia, pelaburan jangka matang mereka biasanya hanya peratusan kecil daripada jumlah aset, dan nisbah liputan mudah tunai jangka pendek mereka adalah tinggi berbanding sejarah.
"Kami sedang memantau kesan pusingan kedua yang berpotensi yang boleh datang daripada kecairan dolar US yang lebih ketat, risiko rakan niaga yang lebih tinggi dan spread kredit global yang meluas. Dalam keadaan sedemikian, bank-bank yang mempunyai modal yang lebih besar dan dibiayai dengan kos rendah akan cenderung untuk berprestasi lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Permohonan pinjaman sejak beberapa bulan terakhir di tengah-tengah kenaikan kadar faedah menandakan permintaan kredit yang lemah. - Gambar hiasan

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir 6 jam, dipanggil semula Isnin ini
Ismail Sabri Ykeluar dari ibu pejabat SPRM pada jam 5.42 petang selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam pada Jumaat.
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Moody's jangka perbankan Islam Malaysia berkembang kepada dua angka pada 2022, 2023
Li Tengfu berkata industri perbankan Islam diunjurkan berkembang lebih pantas berbanding perbankan konvensional.