Meskipun Kadar Dasar Semalaman (OPR) diturunkan sebanyak 25 mata asas oleh Bank Negara bakal memberikan lebih akses kepada pinjaman perumahan lebih murah, namun masalah harga yang masih tinggi kekal menjadi penghalang utama.
Penyelesaian yang perlu diberi tumpuan adalah kecekapan dalam rantaian pembinaan sekaligus diterjemahkan kepada harga akhir yang berpatutan.
“Untuk pastikan harga bersesuaian diwujudkan, pembangunan perumahan perlu cekap, maksudnya produktiviti perlu tinggi.
“Cara pembinaan kini sangat ketinggalan zaman, kita (sektor pembinaan) tidak menggunakan teknologi baru serta tidak menggunakan teknologi yang mampu mempercepat pembinaan.
“Ia sekaligus membawa kepada harga rumah lebih mahal,” kata Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI) Dr Suraya Ismail dalam temubual bersama Astro AWANI.
Menurut Dr Suraya penyepaduan semua pihak dalam rantaian pembinaan harus dilakukan melibatkan pemaju, kontraktor, pereka, juru ukur dan arkitek.
Ujarnya Sistem Pembinaan Industri (IBS) antara teknologi yang harus diguna pakai bagi memastikan produktiviti meningkat dan harga dapat dikurangkan, namun cabaran utama adalah menyelarikan rekaan dengan teknologi IBS.
“Kita tidak boleh ada rekaan rumah tanpa memikirkan pelaksanaan IBS di kawasan pembinaan.
“Ia akan menjadikan rekaan yang dibuat tidak selari dengan IBS dan ia perlu pula diterjemah dalam bentuk IBS, ini memakan masa dan kos,” katanya lagi.
Beliau memberi contoh di negara Filipina di mana rantaian pembinaan perumahan diselarikan sehingga projek perumahan berkeluasan 1,800 kaki persegi disiapkan dalam masa 14 hari, susulan pemahaman semua pihak terlibat dalam teknologi yang diguna pakai.
Dr Suraya berkata kuncinya kini, pemaju perlu melabur dalam penggunaan teknologi dan bersedia berdepan kegagalan kerana jika mereka tidak mengadaptasi teknologi, golongan pemaju tempatan akan ketinggalan dalam persaingan tatkala pemaju asing memasuki pasaran apabila Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPPA) berkuatkuasa kelak.
Sementara itu Dr Suraya menasihatkan pembeli jangan tamak ketika membuat pembelian perumahan dan terlalu ghairah mengejar pelaburan dengan membeli lebih dari satu rumah.
“Apabila anda beli rumah, anda hendak harga naik cepat, anda sebenarnya sebahagian kumpulan yang membuat spekulasi dalam pasaran.
“Anda menyumbang kepada masalah peningkatan harga rumah secara mendadak, saya tidak cakap harga tidak perlu naik, tetapi kenaikan mendadak tidak beri manfaat kepada sesiapa.
“Dalam masa 10 ke 15 tahun tidak mengapa jika harga naik, tetapi kalau tiga tahun anda mahu harga perumahan itu meningkat 50 peratus dari nilai anda beli, ini tidak masuk akal.
“Isu ini kompleks dan perlu difahami pembeli perumahan supaya mereka tidak menjadi penyumbang kepada peningkatan harga mendadak,” katanya sambil menambah sikap tamak ini akan merugikan masa depan golongan muda yang tergolong dalam kumpulan pendapatan pertengahan dan rendah.
Dr Suraya pada masa sama menasihatkan pembeli rumah pertama agar menilai harga rumah supaya tidak terlalu tinggi berbanding jenis rumah agar mereka tidak terperangkap dalam hutang jangka panjang yang membebankan.
Najib Aroff
Tue Aug 02 2016
"Cara pembinaan kini sangat ketinggalan zaman, kita (sektor pembinaan) tidak menggunakan teknologi baru serta tidak menggunakan teknologi yang mampu mempercepat pembinaan." - Foto Astro Awani
Kerajaan peruntuk RM25 juta laksana inisiatif RKB pada 2025, sasar 500 projek
Kerajaan memperuntukkan RM25 juta sebagai komitmen pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dengan sasaran pelaksanaan 500 projek pada tahun depan.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Anwar berkata negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkaya landskap muzik tanah air.
AWANI Global: Risiko perubahan iklim semakin mengherot
Sejauh mana Persidangan Perubahan Iklim COP29 serius mencari penyelesaian terhadap pelan tindakan iklim yang baharu? Ikuti diskusi dan analisis dalam Awani Global 9 malam ini.
Cukai taksiran tidak boleh dinaikkan secara mendadak - Nga
Proses penilaian semula cukai taksiran mesti mementingkan kebajikan rakyat dengan kadar cukai berkenaan tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana langkah itu boleh membebankan rakyat.
PM tiba di Korea Selatan, rakan dagang kelapan terbesar negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Seoul, Korea Selatan, untuk lawatan rasmi atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
AWANI Ringkas: Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 24 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 November 2024
1️⃣ Dasar Kanak-Kanak Negara jamin suara kanak-kanak didengar
2️⃣ 20% pegawai, anggota bomba dibeku cuti
3️⃣ Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
#awaniringkas
1️⃣ Dasar Kanak-Kanak Negara jamin suara kanak-kanak didengar
2️⃣ 20% pegawai, anggota bomba dibeku cuti
3️⃣ Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
#awaniringkas
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
GV - 'Kembali menyengat', 14 peserta bawakan lagu hit pertama mereka
Pentas Gegar Vaganza musim ke-11 akan membuka tirainya malam ini.
Bertemakan kembali menyengat, 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
Bertemakan kembali menyengat, 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
[LAPORAN KHAS] Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan (Siri 2)
Bila anda nampak sarang lebah, apa perkara pertama bermain di fikiran anda?
Biasanya, pasti kita akan bakar, seterusnya menghapuskan sarang lebah itu. Bukan?
Tahukah anda, ada cara lebih baik untuk menanganinya?
Tak perlu bunuh, tapi selamatkan.
Ikuti siri akhir, laporan Ridauddin Daud, bercakap dengan lebah.
Biasanya, pasti kita akan bakar, seterusnya menghapuskan sarang lebah itu. Bukan?
Tahukah anda, ada cara lebih baik untuk menanganinya?
Tak perlu bunuh, tapi selamatkan.
Ikuti siri akhir, laporan Ridauddin Daud, bercakap dengan lebah.
'Elak projek terbengkalai, pemaju harus ambil risiko komersial' - KRI
Tiada masalah untuk syarikat pemaju untuk menjana keuntungan dalam penjualan rumah namun syarikat perlu mengambil risiko komersial.
Wujud pangkalan data perumahan bagi kawal harga rumah
Satu pangkalan data bersepadu kajian demografi perumahan negara perlu diwujudkan bagi menjamin bekalan perumahan yang konsisten pada harga berpatutan.
Kecekapan pembinaan jamin harga rumah berpatutan - KRI
Meskipun OPR diturunkan bakal memberikan lebih akses kepada pinjaman perumahan lebih murah, namun masalah harga yang masih tinggi kekal menjadi penghalang utama.