Peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor ekonomi digital dari 16.38 peratus pada tahun 2013 kepada 17 peratus tahun lepas membuktikan negara berada di landasan tepat menuju negara maju pada 2020.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perangkaan terakhir yang dikeluarkan Jabatan Statistik itu sekali gus pencapaian terbaik negara yang disasar lebih awal dari perancangan pada 2011.
"Teras ekonomi digital negara adalah MSC. Sejak penubuhannya pada 1996, ia sudah menyumbang lebih RM295 bilion kepada pendapatan ekonomi negara, RM283 bilion dalam bentuk pelaburan dan membuka lebih 147,000 peluang pekerjaan.
"MSC juga sentiasa komited untuk menarik pelaburan daripada syarikat besar seluruh dunia dalam industri yang berskala besar," katanya dalam ucap utama Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC) kali ke-27 Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood
MDeC akan menyambut ulang tahunnya yang ke-20 pada 2016.
Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC) adalah inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi nasional yang diwujudkan bagi menarik syarikat teknologi bertaraf dunia dan dalam masa yang mempersiapkan industri ICT tempatan.
Pada mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC tahun lepas, Najib meluluskan pelbagai inisiatif yang dirancang untuk tahun 2015.
Inisiatif berkenaan ialah Liberalisasi MSC Malaysia, eRezeki yang menjadikan negara sebagai hab global untuk perkhidmatan awam dan kandungan.
Selain itu Najib turut mengumumkan pewujudan kandungan Pusat Kreatif Malaysia yang menjadikan negara sebagai hab media interaktif dan permainan, melabur dalam data analisis besar dan Kongres Dunia mengenai teknologi maklumat.
Dalam pada itu kata Najib, negara akan terus berusaha menjadi peneraju ekonomi berteras kepentingan kepada rakyat.
"Sangat penting untuk mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran dalam bidang digital dan disokong eko-sistem komunikasi teknologi maklumat (ICT).
"Kita perlu meningkatkan usaha dalam inovasi dan menggunakan sepenuhnya teknologi digital untuk memastikan masa depan yang lebih cemerlang untuk negara," katanya.
Najib turut menekankan kepada golongan muda untuk mempunyai kemahiran tinggi dalam era digital selain meningkatkan kesedaran dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Sebelum ini, negara menjangka aliran masuk pelaburan yang banyak bagi teknologi maklumat dan komunikasi pada tahun ini berikutan pembiayaan berterusan dalam pengembangan infrastruktur, latihan sektor swasta serta sokongan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Wan Syamsul Amly
Thu Oct 15 2015

Menurut Najib, teras ekonomi digital negara adalah MSC. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Salleh Said Keruak (kanan). - Gambar Astro AWANI/WAN SYAMSUL AMLY

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

#YouCanDuit: Wanita diseru rebut peluang ekonomi digital, tingkat pendapatan
Golongan wanita diseru merebut peluang disediakan kerajaan menerusi MDEC dalam menceburi bidang keusahawanan menerusi platform digital.

Rakyat perlu sedar kepentingan libatkan diri dalam ekonomi digital - PM Najib
Bagi merancakkan ekonomi digital di Malaysia, kerajaan berhasrat untuk memberi tumpuan kepada usaha menanam kesedaran dalam kalangan rakyat tentang pentingnya sektor ini.

#YouCanDuit kembali lagi, bantu tingkat taraf hidup rakyat
Sepanjang 2016, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerajui aktiviti ekonomi digital dalam kalangan umum.

Sektor ICT berjaya harungi cabaran, catat pertumbuhan pada 2015
Industri ICT dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 14.2 peratus kepada RM70.9 bilion pada 2015 berbanding RM62.1 bilion atau pertumbuhan 12.5 peratus pada 2014.

'KDNK ekonomi digital capai sasaran sebelum 2020' - Najib
Peningkatan KDNK sektor ekonomi digital dari 16.38 peratus pada tahun 2013 kepada 17 peratus tahun lepas membuktikan negara berada di landasan tepat menuju negara maju pada 2020.

Projek eRezeki untuk kumpulan rakyat B40 tambah pendapatan - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek eRezeki bagi rakyat Malaysia dalam kumpulan 40 peratus terendah (B40).

Najib lancar eRezeki bantu rakyat tambah pendapatan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek eRezeki bagi rakyat Malaysia dalam kumpulan 40 peratus terendah (B40) dalam piramid pendapatan.