Bagi merancakkan ekonomi digital di Malaysia, kerajaan berhasrat untuk memberi tumpuan kepada usaha menanam kesedaran dalam kalangan rakyat tentang pentingnya sektor ini.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan juga bercadang membina ekosistem dan infrastruktur sokongan seperti sambungan internet berkelajuan tinggi untuk menarik minat lebih ramai agar menceburi ekonomi digital.
"Pada peringkat ini ialah untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat bahawa melalui penglibatan mereka dalam program-program berkaitan ekonomi digital mempunyai nilai yang amat besar," kata beliau.
Najib berkata demikian bagi menjawab soalan dari Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang) mengenai kekangan atau cabaran yang dihadapi kerajaan dalam menggalakkan rakyat untuk menceburi ekonomi digital.
Tambah beliau, bukti komitmen kerajaan dalam memajukan ekonomi digital dalam negara adalah dengan mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).
"Lebih 60,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan melalui inisiatif ini menjelang tahun 2025," kata Najib ketika menjawab soalan dari Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) mengenai peluang yang boleh diambil usahawan dalam bidang digital dan kesannya kepada masyarakat di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, Najib berkata ada pelbagai inisiatif dan insentif seperti program eRezeki dan eUsahawan yang dipelopori MDEC bagi merakyatkan ekonomi digital untuk semua lapisan masyarakat.
Pada 2016, ekonomi digital telah menyumbang 18.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan akan meningkat kepada 20 peratus sebelum 2020.
Hafiz Marzukhi
Thu Nov 09 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.

China sasar siapkan prasarana data nasional menjelang 2029
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha China untuk membangunkan pasaran data nasional yang disatukan dan memperkukuh ekonomi digital.

Laos berusaha tingkatkan ekonomi digital
Forum Digital Laos Keenam di Vientiane menandakan pencapaian penting dalam usaha negara itu menuju ekonomi digital yang berdaya maju.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Program Digital Rakyat dilancar esok
Program Digital Rakyat dilancar esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat.

Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.

SDEC 2024 tarik 20,000 pengunjung, catat nilai transaksi RM100 juta
Konvensyen Bandar Pintar & Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2024 melabuhkan tirai dengan kejayaan yang signifikan.

Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Ekonomi digital dijangka capai unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada KDNK akhir 2025
Dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS kebelakangan ini menyumbang kepada prospek positif ekonomi.