Festival berprestij industri pengiklanan tempatan, Kancil Festival kembali lagi tahun ini buat kali kedua selepas mendapat sambutan menggalakkan pada acara sulungnya Julai tahun lalu.
Bertempat di RexKL, festival yang berlangsung pada Khamis dan Jumaat itu bertujuan memecahkan sempadan industri pengiklanan dan meraikan kreativiti tanpa batasan.
Menurut Pengerusi Kreatif Kancil Festival, Alvin Teoh, festival yang mengangkat tema ‘Belief Creates’ memberikan peluang kepada agensi, perniagaan, komuniti dan individu bagi mencapai potensi mereka yang sepenuhnya sekali gus menjadi gergasi dalam industri kandungan kreatif.
"Sumber kreativiti sebenarnya adalah kepercayaan anda kerana tanpa kepercayaan anda, anda tidak dapat mencipta apa-apa. Anda tidak dapat mengubah apa-apa dan anda tidak akan akan menyahut cabaran.
"Jadi dalam kepercayaan, kami mahu industri iklan bertanyakan sebab ia wujud. Kami begitu terperangkap dengan cara kami melakukan sesuatu dan apa yang kami lakukan, kami lupa untuk bertanya sebab (why) kami melakukan tugasan kami.
"Dan kami boleh mendapatkan seluruh komuniti pemasaran, industri iklan atau industri filem untuk hanya bertanya satu soalan yang mudah ini, mengapa anda berada di sini? Mengapa anda melakukan apa yang anda lakukan?" ujar Alvin ketika ditemui di festival berkenaan.
Katanya lagi, edisi kedua festival anjuran Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) itu menampilkan barisan personaliti tempatan dan antarabangsa daripada pelbagai bidang untuk berkongsi falsafah mereka dalam menggunakan kreativiti sebagai alat yang mampu memacu industri masing-masing.
Antaranya, pencipta Seesaw Project di sempadan Mexico, Ronald Rael, pereka grafik, Fahmi Reza serta wartawan penyiasat R.AGE, Ian Yee, Elroi Yee dan Samantha Chow.
Di samping itu, Timbalan Pengerusi Kreatif Kancil Festival, Iska Hashim berkata acara kemuncak festival tersebut, Kancil Awards Night yang akan berlaku esok, memberikan tumpuan kepada pengarah filem muda yang ingin bertapak dalam industri perfileman menerusi 'The Kancil 666 Young Directors Challenge'.
"Beberapa peserta merupakan sebahagian daripada kru syarikat pengeluaran. Mereka bertugas sebagai pembantu dan mereka sudah bekerja dengan orang lain tetapi masih belum berpeluang untuk benar-benar bekerja di belakang kamera sebagai pengarah.
"Dan ia lebih daripada sekadar mengarah, sebenarnya ia adalah cerita dan skrip yang ditulis mereka. Jadi ia benar-benar mengenai visi mereka. Ia memberi peluang kepada mereka dan dalam industri ini, kami membimbing dan mengenal pasti tukang cerita baharu.
"Kami mempunyai pengarah yang hebat di negara ini tetapi ia lebih memanfaatkan industri ini apabila hadirnya orang baharu dalam industri," kata Iska.
Isabelle Leong
Thu Oct 24 2019

Bertempat di RexKL, festival yang berlangsung pada Khamis dan Jumaat bertujuan memecahkan sempadan industri pengiklanan dan meraikan kreativiti tanpa batasan.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kancil Festival raikan kreativiti tanpa batasan
Bertempat di RexKL, festival yang berlangsung pada Khamis dan Jumaat bertujuan memecahkan sempadan industri pengiklanan dan meraikan kreativiti tanpa batasan.