Keusahawanan merupakan antara sektor yang akan dipertingkatkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi melibatkan lebih ramai masyarakat luar bandar terutama belia dalam bidang perniagaan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata usaha kementerian kini adalah mengekalkan bilangan belia yang terlibat dalam keusahawanan di kawasan luar bandar, selain pada masa yang sama membuka lebih banyak peluang dan bantuan untuk usahawan baharu.

"Jumlah belia berada di luar bandar perlu kita kekalkan. Kalau tidak mereka akan berhijrah ke bandar, cari rumah, cari pekerjaan di sana.

Kita perlu kekalkan tenaga kerja belia di kawasan luar bandar. Produk mereka kita boleh bawa ke pasaran bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus keusahawanan dan penyampaian cek pembiayaan Program Usahawan Lepasan Institut Pendidikan Mara (Putra) di Giat Mara Permatang Pauh, di sini hari ini.

Sejumlah 63 usahawan menerima cek pembiayaan Putra yang terdiri daripada usahawan dari daerah Seberang Perai Tengah, Timur Laut dan Barat Daya.

Mohd Shafie berkata bagi memastikan belia mendapat akses kepada perniagaan, pelbagai program pembangunan keusahawanan termasuk pemberian dana dan insentif dibuat secara berkala dengan mengambil kira keperluan usahawan-usahawan kecil terbabit.

Beliau berkata pada tahun ini Mara Pulau Pinang mengeluarkan pembiayaan Putra sebanyak RM1.11 juta kepada 143 usahawan di negeri ini.

"Program pembiayaan ini juga sebenarnya adalah salah satu mekanisme untuk mencipta kekayaan bumiputera. Apabila kita berjaya melahirkan dan memantapkan usahawan kecil, baharu dan sedia ada, ini bermakna kita berjaya melahirkan majikan daripada kalangan penjaja kepada pengusaha seterusnya