KUALA LUMPUR: Jualan Proton Holdings Bhd (Proton) meningkat 41.2 peratus kepada 13,028 unit bagi bulan ke bulan pada Mac 2022, bersamaan dengan unjuran bahagian penguasaan pasaran sebanyak 19 peratus.
Bagi suku pertama berakhir Mac 2022, pembuat kereta nasional itu mengalami jualan merosot sebanyak 18.6 peratus kepada 26,706 unit bagi tahun ke tahun, berikutan pelbagai cabaran seperti banjir yang telah menjejaskan vendor tempatan, gangguan dalam logistik dan kekurangan cip.
Proton bagaimanapun berjaya menguasai pasaran sebanyak 17.5 peratus pada suku pertama itu sekali gus membolehkannya menduduki tempat kedua dalam ranking jualan automotif negara.
Walaupun jualan Mac 2022 merekodkan penurunan tahun ke tahun sebanyak 13 peratus namun jualan Saga, model yang terjejas teruk pada Januari, meningkat dengan mencecah 6,422 unit dan mencatatkan prestasi terbaiknya sejak November 2013.
"Ini bukan sahaja menjadikan Saga sebagai peneraju jualan untuk sedan segmen A, malah model segmen A paling laris secara keseluruhan," menurut Proton dalam kenyataan pada Isnin.
Mengenai jualan eksport, Proton mengeksport 794 unit kenderaan pada Mac 2022, mencatatkan jumlah tertinggi dalam tempoh 108 bulan, dengan Pakistan menjadi pasaran eksport terbesar pada 690 unit.
"Keseluruhan jumlah eksport suku pertama adalah 1,117 unit, melonjak 175 peratus daripada suku yang sama 2021," tambahnya.
Menurut Proton, X70, X50 dan Exora kekal sebagai peneraju dalam segmen masing-masing dengan jualan sebanyak 2,320 unit; 1,573 unit dan 536 unit pada Mac 2022.
Persona dan Iriz bagaimanapun berada di kedudukan tempat ketiga dan keempat dalam segmen masing-masing kerana persaingan sengit dan kekurangan alat ganti terus menjejaskan jualan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata tiga bulan pertama 2022 adalah sangat mencabar bagi Proton dan pelanggan berikutan isu pengeluaran yang terus memberi tekanan kepada potensi sebenar pihaknya dan menyebabkan tempoh menunggu yang panjang untuk mendapatkan kereta.
Beliau berkata walaupun bekalan alat ganti dan jumlah pengeluaran mula stabil pada Mac namun syarikat masih menjangkakan beberapa lagi gangguan berlaku dalam beberapa bulan akan datang apabila industri lain turut meningkatkan pengeluaran mereka.
"Bagaimanapun, sepanjang tahun ini, Proton masih bermatlamat untuk mencapai sasaran dengan kerjasama vendor dan pengedar bagi melancarkan rangkaian bekalan untuk menyerahkan kereta kepada pelanggan.
"Kami juga sedang mencatatkan kemajuan dalam menyelesaikan isu selepas jualan dan oleh itu, syarikat yakin boleh meningkat semula dengan kukuh pada suku berikutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
Proton berjaya menguasai pasaran sebanyak 17.5 peratus pada suku pertama, sekali gus membolehkannya menduduki tempat kedua dalam ranking jualan automotif negara.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata jumlah kesalahan tertinggi yang dikenal pasti di Sarawak melibatkan kegiatan penyelewengan diesel serta penyeludupan minyak masak bersubsidi, khususnya di pintu sempadan negara.
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata kedudukan Sabah yang strategik berdekatan dengan kawasan ekonomi utama Asia menjadikan negeri ini destinasi pelaburan yang ideal.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan di Sarikei
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.
Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).
Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.
Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto
Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.
Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai
Proton mencatatkan satu lagi pencapaian pada Julai dengan penjualan Proton X50 yang dipertingkatkan sebanyak 2,585 unit.
Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia
Syarikat automotif nasional itu menjelaskan Proton e.MAS 7 menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.
Proton lancar fasiliti tambahan baharu bernilai RM253 juta di Tanjong Malim
Pengeluar kereta nasional Proton baru-baru ini melancarkan projek penambahan fasiliti 'stamping' bernilai RM253 juta di Tanjong Malim, yang dikenali sebagai stamping E dan F.