Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2017 kepada 4.8 peratus daripada 4.5 peratus yang diunjur menerusi Laporan Perundingan Tahunan pada Mei lepas.
Sambil menyuarakan rasa optimis IMF terhadap Malaysia, Kaunselor Ekonomi merangkap Pengarah Jabatan Penyelidikannya, Dr Maurice Obstfeld berkata semakan semula itu didorong oleh data positif ekonomi serta kestabilan dasar monetari negara ini.
"Kami telah menyemak naik unjuran pertumbuhan Malaysia untuk 2017 kerana menyaksikan kejayaan usaha negara ini bagi mengekalkan kemampanannya. Kami optimis terhadap Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena Kemas Kini Unjuran Ekonomi Dunia IMF yang dikeluarkan di sini, pada Isnin.
Selain itu, Obstfeld berkata IMF turut mengekalkan unjuran pertumbuhan global pada 3.5 peratus pada 2017 dan 3.6 peratus pada 2018 sejajar perubahan di peringkat negara-negara terbabit.
IMF menyemak turun unjuran pertumbuhan Amerika Syarikat (AS) kepada 2.1 peratus pada 2017 berbanding 2.3 peratus dan 2.1 peratus pada 2018 daripada 2.5 peratus susulan kelemahan pertumbuhannya pada suku pertama 2017.
"Dasar-dasar fisikal AS itu berkemungkinan kurang berkembang pada masa terdekat ini," katanya.
Obstfeld berkata, impak tindakan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah terhadap United Kingdom juga tidak jelas dan IMF menyemak turun unjuran terhadap pertumbuhan negara itu pada 2017 akibat aktiviti yang lebih lemah pada suku pertama.
Pertumbuhan China pula kekal pada 6.7 peratus bagi 2017 yang menyamai 2016, sekali gus memaparkan aspek pengeluaran lebih kukuh daripada jangkaan suku pertama tahun ini akibat kelonggaran dasar sebelum ini serta pembaharuan di peringkat penawarannya.
"Pihak berkuasa China mengenal pasti masalah kepesatan pertumbuhan kredit serta kelemahan pinjaman dan mengambil langkah bagi menangani isu terbabit," katanya.
Dalam pada itu, Obstfeld berkata, pertumbuhan upah kekal lembap berikutan faktor ketegangan yang menyebabkan beberapa negara lebih mengutamakan dasar anti-global selain pelaksanaan peraturan kawal selia kewangan sejak krisis kewangan 2008 yang boleh menjejaskan kestabilan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2017

IMF: "Kami telah menyemak naik unjuran pertumbuhan Malaysia untuk 2017 kerana menyaksikan kejayaan usaha negara ini bagi mengekalkan kemampanannya."

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye
Banyak institusi dan organisasi negara, terutama Majlis Agung Kebangsaan Turkiye, Kompleks Presiden dan Direktorat Polis Wilayah Ankara, dibom.

Kes bunuh bekas isteri: Warga Amerika Syarikat terlepas tali gantung
Mahkamah memutuskan perayu tidak mempunyai niat untuk membunuh bekas isterinya.

Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela
Gelaran Datuk tiada dalam buruan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.

RM6 bilion diperlukan bagi program restorasi hutan terosot - Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan amat serius dalam melaksanakan program restorasi hutan terosot di seluruh negara.

MAVCOM terima 1,403 tuntutan bayaran balik berkaitan COVID daripada pengguna
MAVCOM menerima 1,403 permintaan bayaran balik berkaitan dengan COVID-19 daripada pengguna pada separuh kedua 2020.

"Gunung tinggi sanggup aku daki..", padahal lelaki ini menipu pernah takluk Gunung Everest
Ia selepas satu siasatan dilakukan bagi menentukan kebenaran sama ada mereka benar-benar mendaki gunung tersebut.

Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim
Mengadakan pilihan raya ketika kes COVID-19 masih meningkat hanya akan membahayakan nyawa rakyat Sarawak

Taman tema didenda lebih RM10 juta, sebabkan kematian empat pengunjung
Dreamworld didenda RM10.4 juta susulan kematian empat pengunjung yang semasa melakukan aktiviti air Thunder River Rapids pada 2016.

Rosmah 'biaya' cybertroopers RM100,000 sebulan, pantau berita negatif termasuk isu beg tangan mahal
Datuk Rizal Mansor mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu mengarahkannya menubuhkan satu pasukan cybertroopers.