KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima 1,403 permintaan bayaran balik berkaitan dengan COVID-19 daripada pengguna pada separuh kedua 2020.
MAVCOM menjelaskan berdasarkan Laporan Pengguna edisi kesembilan bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis, 2020 yang diterbitkannya pada Khamis, 75 peratus daripada permintaan tersebut adalah melibatkan pengguna meminta bayaran balik selain kelewatan pembayaran balik.
"Tiga kategori aduan teratas terhadap syarikat penerbangan adalah melibatkan proses pembayaran balik, pembatalan penerbangan dan penjadualan semula penerbangan, yang menjadikan jumlah keseluruhan peratusan aduan adalah 62.8 peratus.
"Bagi lapangan terbang pula, kebanyakan aduan yang diterima adalah berkaitan kemudahan dan keselamatan di lapangan terbang," menurut MAVCOM dalam kenyataan pada Khamis.
Suruhanjaya itu menambah berbanding dengan syarikat penerbangan lain, AirAsia mencatatkan jumlah aduan tertinggi iaitu 196 aduan pada separuh kedua 2020, diikuti Malaysia Airlines dengan 105 aduan dan 57 aduan terhadap AirAsia X.
MAVCOM memaklumkan sebanyak 428 aduan telah diterima dalam tempoh tersebut dengan 99.3 peratus daripadanya adalah berkaitan syarikat penerbangan manakala 0.7 peratus aduan membabitkan operator lapangan terbang.
"Ini menunjukkan pengurangan sebanyak 45.3 peratus daripada 783 aduan yang dibuat dalam tempoh yang sama 2019," menurutnya.
MAVCOM menegaskan 98.3 peratus daripada 428 aduan telah berjaya diselesaikan dan ditutup.
Laporan itu juga menunjukkan sebanyak 59 peratus aduan yang diterima dalam tempoh itu telah mengakibatkan syarikat penerbangan menarik balik keputusan asal mereka dan memberikan resolusi lebih adil, serta memuaskan pengguna berbanding dengan keputusan asal yang diberikan terlebih dahulu.
Ini mewakili kenaikan lapan peratus berbanding pada tempoh yang sama 2019.
MAVCOM juga menerima 401 aduan yang tidak boleh diambil tindakan olehnya.
"270 daripada aduan tersebut tidak mempunyai dokumen yang lengkap dan tidak dapat dinilai secara adil.
"MAVCOM juga menerima 24 aduan di mana berdasarkan penilaian yang dibuat, syarikat penerbangan atau operator lapangan terbang yang berkenaan telah memenuhi tanggungjawab mereka di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) 2016, maka tiada langkah lanjut perlu diambil oleh suruhanjaya," jelasnya.
Menurutnya, aduan selebihnya pula tidak berkaitan dengan industri penerbangan memandangkan ia berada di luar bidang kuasa MACPC atau telah ditarik balik oleh pengguna.
Berdasarkan Laporan Pengguna itu, pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MAVCOM untuk memperkukuh dan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai hak perjalanan udara.
20 daripada 28 elemen kualiti perkhidmatan telah dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac, 2020.
Lapan elemen lagi dijangka selesai dilaksanakan pada 2022.
Menurut kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) global yang dijalankan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI), KLIA telah disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia bagi kategori penumpang melebihi 40 juta setahun pada 2020.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata pihaknya mengambil maklum bahawa pemulihan sektor penerbangan negara kepada status sebelum pandemik akan mengambil masa yang lebih panjang.
"Walaupun terdapat prospek untuk meneruskan perjalanan udara pada masa akan datang, MAVCOM berharap dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pemain industri bagi memastikan hak pengguna penerbangan terus dilindungi," katanya.
Laporan Pengguna boleh didapati di laman web MAVCOM di www.mavcom.my.
Laporan Pengguna dikeluarkan setiap setengah tahun oleh MAVCOM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 18 2021

MAVCOM menjelaskan 75 peratus daripada permintaan tersebut adalah melibatkan pengguna meminta bayaran balik selain kelewatan pembayaran balik. - Gambar hiasan/ Bernama

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.

Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .

INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.

KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.

Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.

Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.