Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada Mac lalu memberi rahmat kepada sekumpulan pemuda apabila ia menjadi lubuk rezeki buat syarikat perkhidmatan penghantaran bahan basah, Ihantaq Fresh.
Syarikat yang berpangkalan di Kampung Sungai Lentang, Yan ini kini mahu meletakkan sasaran lebih besar untuk lebih dikenali seperti syarikat-syarikat besar yang lain khususnya dalam sektor perkhidmatan penghantaran.
Menurut pengasas, Raden Mohd Asyraf Raden Anwar Alemsah, 28, idea memperkenalkan perniagaan berasaskan penghantaran bahan mentah yang telah siap disiang ini diinspirasikan daripada "trend" pembelian bahan basah secara dalam talian di luar negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah yang lain.
Tambahnya, penubuhan Ihantaq Fresh juga pada asasnya disasarkan untuk membantu komuniti sekitar daerah Yan terutama golongan muda yang sukar mendapat peluang pekerjaan untuk mempunyai kerja tetap.
"Kami bermula seramai lima orang pekerja bersama saya dan pengasas, Sukri Ismail sekarang kita sudah berkembang kepada bilangan kerja 25 orang.
"Untuk pengambilan pekerja, kita dapat buka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat, kita fokus kepada orang kampung sekitar ini untuk jadi pekerja di banyak bahagian dalam bisnes, " menurut Raden Mohd Asyraf ketika ditemui Astro AWANI di sini.
Dalam pada itu, bagi pekerja sambilan, Faris Abidin Che Pa, 29, dia mengambil keputusan untuk bekerja di Ihantaq Fresh berikutan keadaan semasa yang memaksanya 'berehat' daripada menjalankan tugas sebagai pemandu bas sekolah.
Jelasnya, hasil pendapatan melalui khidmat penghantaran bahan basah ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan dari hasil gaji sebagai pemandu bas sekolah yang terjejas sekitar 80 hingga 90 peratus.
"Kami pemandu bas bukan kutip bas sekolah harian tapi kita yang bawa budak pergi melancong, apabila berlakunya pandemik COVID-19, pendapatan kami sangat terjejas boleh dikatakan dari bulan Mac sampai sekarang bas sekolah langsung tidak bergerak.
"Ia menyebabkan pendapatan kami hilang sebanyak 80-90 peratus, rentetan itu saya mengambil keputusan untuk sertai Ihantaq Fresh bagi menampung kekurangan untuk saya sara isteri dan anak anak dan ahli keluarga lain," kata Faris.
Seorang lagi pekerja, Nor Haswani Raden Anwar, 30, menjelaskan kerjaya yang dimiliki ketika ini sebagai pengurus pemasaran di Ihantaq Fresh sedikit sebanyak berlandaskan pengalaman yang dimiliki dalam bidang perniagaan atas talian.
Jelasnya, IHantaq Fresh juga dilihat sebagai platform terbaik dalam membantu anak muda sekitar Yan yang mahu berjinak-jinak dengan dunia pekerjaan bagi sektor perkhidmatan penghantaran bahan basah selain membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.
"Tahun 2016 saya habis belajar, jadi 2017 baru jumpa dengan Ihantaq Fresh, sebelum ni banyak buat kerja sendiri ialah, online semua itu, selepas itu jumpa dengan IHantaq Fresh ini, kira sama macam online jugalah, biasa buat," jelas Nor Haswani.
Lokasi penghantaran Ihantaq Fresh kini meliputi 4 daerah di Kedah iaitu Sungai Petani, Alor Setar, Yan, Kulim, selain Permatang Pauh, Bertam dan Bukit Mertajam bagi negeri Pulau Pinang.
Selain jualan bahan basah seperti ayam, daging, ikan dan makanan laut yang telah siap disiang, syarikat penghantaran terbabit turut menjual aneka pes masakan yang disesuaikan dengan selera orang utara.
Abdul Hadi Che Awang
Mon Jun 08 2020
Lokasi penghantaran Ihantaq Fresh kini meliputi 4 daerah di Kedah iaitu Sungai Petani, Alor Setar, Yan, Kulim, selain Permatang Pauh, Bertam dan Bukit Mertajam bagi negeri Pulau Pinang. - Foto Astro AWANI
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Polis kesan ‘Datuk’ kes penipuan lebih RM1 juta
Datuk palsu perdaya mangsa dengan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud.