ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler yang membawa muatan itu terbabas ke dalam parit di tepi jalan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) KM41.2 arah selatan dari Hutan Kampung ke Alor Setar, Sabtu lepas.
Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya menerima aduan berhubung tumpahan itu melalui sistem e-aduan pada pukul 6.59 petang pada hari kejadian sebelum pegawai JAS ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
"Kes dipercayai berlaku pada pukul 6.40 petang apabila sebuah treler yang membawa dua kontena berisi 40,000 liter susu getah terbabas ke dalam parit. Kemalangan menyebabkan semua susu getah itu tumpah dan memasuki longkang serta parit di kawasan berhampiran, dianggarkan sejauh 500 meter, dan sebahagiannya memasuki kawasan sawah.
"Treler berkenaan dipercayai sedang membawa susu getah dari Thailand ke Pelabuhan Pulau Pinang. Bagi meminimumkan pengairan tumpahan susu getah itu ke sungai berdekatan, pihak PLUS telah menyekat tumpahan dengan menggunakan beg-beg guni pasir dan tanah di jajaran longkang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semasa hari kejadian JAS telah mengarahkan pihak syarikat melantik kontraktor bagi melakukan kerja-kerja penyedutan sisa tumpahan susu getah dan kerja pembersihan yang lain.
"Syarikat kontraktor dari Pulau Pinang yang dilantik telah mula membuat kerja-kerja pengepaman keluar sisa susu getah yang bercampur air sejak semalam selepas kerja pengalihan treler selesai dilakukan sepenuhnya pada Ahad.
"Setakat semalam, tiga lori digunakan untuk mengangkat sisa susu getah yang dipam dengan jumlah keseluruhan 36 tan. Kerja-kerja pengepaman masih dijalankan hari ini dan dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari lagi untuk selesai," katanya.
Sharifah Zakiah berkata pihaknya juga telah mengambil sampel sisa tumpahan berkenaan dan pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dibuat sehingga sempurna dan buangan dihantar ke premis kitar semula getah yang berlesen dengan JAS di Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Sebanyak 40,000 liter susu getah tumpah selepas treler yang membawa muatan itu terbabas ke dalam parit di tepi jalan KM41.2 Lebuhraya PLUS arah selatan, Sabtu lepas.- Foto JAS Kedah

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Wanita maut selepas treler rempuh rumah
Operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam runtuhan dilakukan sebelum pihaknya menemukan mangsa di bahagian bawah hadapan treler itu.

Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.

Pemandu cedera, treler jatuh gaung 15 meter di LPT
Seorang lelaki cedera selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter di Kilometer 42.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala Timur pada Ahad.

Lebuhraya Karak sesak 6 kilometer, treler terundur masuk longkang
Kesesakan sepanjang kira-kira enam kilometer berlaku lebih 10 jam apabila sebuah treler muatan baja terundur dan terbabas ke dalam longkang di Kilometer 40.9 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak hari ini.

Brek mengejut punca treler terbalik, pemandu maut di Lebuhraya Utara-Selatan
Pemandu treler dikenal pasti sebagai Mohd Nor Afzam, 36 tahun, yang beralamat di Bukit Minyak, Bukit Mertajam.

Treler muatan papan siling terbabas, terbakar 90 peratus
Kemalangan berpunca daripada treler yang terbabas lalu melanggar pembahagi jalan serta tiang lampu sebelum terbakar.

Pemandu cedera, treler terbabas dan terjunam di Jalan Kuala Kangsar
Seorang pemandu treler cedera selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan terjunam ke jalan Persekutuan, Jalan Kuala Kangsar.

Dua maut, treler muatan besi terbabas
Pemandu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala manakala kelindan pula tercampak ke luar kenderaan.

Pemandu treler maut dihempap muatan konkrit di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Ribut salji badai AS, ratusan pengguna jalan raya terkandas
Rata-rata pengguna jalan raya meminta bantuan menerusi akaun media sosial dengan menyatakan mereka perlukan minyak, makanan dan bekalan air.