VIRGINIA: Ratusan pemandu terkandas dalam kenderaan masing-masing di atas lebuh raya menuju ke Washington DC, Amerika Syarikat akibat ribut salji yang melanda negara itu.

Menurut polis, kejadian berlaku di Lebuhraya Interstate 95 selepas beberapa treler terbabas dan menghalang laluan trafik.

Rata-rata pengguna jalan raya meminta bantuan menerusi akaun media sosial dengan menyatakan mereka perlukan minyak, makanan dan bekalan air.

Ketika ini, hanya satu lorong berjaya dibuka kepada trafik bagi membolehkan kenderaan ringan meneruskan perjalanan.