IPOH: Sebuah treler dengan muatan papan siling terbakar 90 peratus selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer (km) 266 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini pada Rabu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, pemandu treler yang berusia 36 tahun itu selamat dan mengalami kecederaan.
Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya sebelum itu menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.05 malam semalam sebelum sepasukan anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kemalangan berpunca daripada treler yang terbabas lalu melanggar pembahagi jalan serta tiang lampu di situ sebelum terbakar.
“Kemalangan itu mengakibatkan sebatang tiang lampu telah tumbang dan merintangi jalan di arah bertentangan.
“Akibat daripada itu, dua kenderaan tidak sempat mengelak dan melanggar tiang lampu yang telah merintangi jalan itu. Walau bagaimanapun, kesemua mangsa di dalam kenderaan itu selamat.
“Manakala mangsa pemandu treler telah mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambahnya, operasi menyelamat mangsa dan pemadaman api turut dibantu pasukan daripada BBP Kuala Kangsar dan BBP Ipoh.
“Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula daripada jentera BBP Meru Raya dan bantuan dari jentera Fire Rescue Tender (FRT) Kuala Kangsar dan FRT Ipoh.
“Manakala jentera berat iaitu pengorek kaut digunakan bagi memudahkan operasi pemadaman dilakukan oleh anggota bomba,” katanya lagi.
Ujarnya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Kosaidi Mohd Saad itu tamat pada pukul 2.51 petang Khamis.
Sementara itu, PLUSTrafik menerusi laman Twitter malam tadi memaklumkan, kejadian itu telah mengakibatkan semua lorong arah selatan serta lorong kanan dan tengah bagi arah utara terhalang.
Pada pukul 3.23 petang Khamis, PLUSTrafik memaklumkan, insiden berkenaan selesai, namun, trafik masih sesak sejauh 13 km.
Amirrul Rabbani
Thu Oct 06 2022
Anggota bomba memadam api pada treler dengan muatan papan siling terlibat dalam kemalangan di Kilometer (km) 266 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Ipoh, pada Rabu. - Gambar ihsan JBPM Perak
AWANI 7:45 [06/07/2024] - Penentuan Sungai Bakap | Pasukan khas dapatkan dokumen | Pemantauan serius dan berkala | Bukan 'blame game'
#AWANI745 malam ini bersama Nickyson Nyambar;
1. Siapa Menang PRK Sungai Bakap? Perkembangan terkini seketika nanti
2. SPRM sudah kenal pasti individu, siasat HRD Corp
3. Arahan jaga satu kampung, satu pemimpin, untuk dekati masyarakat setempat, kata PM
4. Mara Inc rugi 286.3 juta ringgit sebab beli aset luar negara, lebih harga pasaran
1. Siapa Menang PRK Sungai Bakap? Perkembangan terkini seketika nanti
2. SPRM sudah kenal pasti individu, siasat HRD Corp
3. Arahan jaga satu kampung, satu pemimpin, untuk dekati masyarakat setempat, kata PM
4. Mara Inc rugi 286.3 juta ringgit sebab beli aset luar negara, lebih harga pasaran
10 Berita Pilihan - (06 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 07 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Warga Iran sambut baik kemenangan Masoud Pezeshkian
Penduduk di Tehran memberi reaksi positif selepas calon reformis Iran, Masoud Pezeshkian memenangi Pilihan Raya Presiden pusingan kedua, menentang calon ultrakonservatif, Saeed Jalili pada Sabtu.
Penduduk berarak bawa jenazah pemuda ditembak Israel
Penduduk di bandar Beit Ur al-Tahta, berhampiran Ramallah di Tebing Barat berarak membawa jenazah seorang pemuda Palestin yang meninggal dunia pada Sabtu.
Debaran warga Perancis menjelang hari mengundi esok
Menjelang hari pengundian Perancis, penduduk di Paris memberi reaksi berbeza mengenai pilihan raya pusingan kedua yang akan berlangsung pada Ahad.
Kabinet baharu UK bersemangat selesai isu rakyat
Lihatlah rakan-rakan sekerja, adalah sangat mengagumkan untuk mengalu-alukan anda ke kabinet, mesyuarat pertama kami. Dan adalah satu penghormatan dan keistimewaan dalam hidup saya untuk dijemput oleh baginda, Duli Yang Maha Mulia Raja, semalam, untuk membentuk kerajaan dan untuk membentuk kerajaan Buruh pada 2024. Dan sekarang kami mengadakan mesyuarat kabinet pertama kami. Jadi saya mengalu-alukan anda untuk melakukannya.
Tindakan pantas tiga pelajar politeknik selamatkan nyawa
Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran asas menyelamat yang dipelajari ketika belajar di politeknik, tiga pelajar institusi berkenaan berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak hampir lemas ketika mandi di Pulau Perhentian, dekat Besut pada Sabtu.
Beberapa lokasi di China banjir akibat benteng pecah
Anggaran 5,700 penduduk telah dipindahkan pada Sabtu susulan kejadian benteng pecah di tasik air tawar, China.
PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini supaya terus beristiqamah dalam kebaikan.
Warga emas maut motosikal bergesel dengan treler
Seorang warga emas berusia 61 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah treler.
Lima cedera, bas ekspres rempuh belakang treler
Terdapat seramai 26 orang dalam bas ekspres itu iaitu 11 wanita, 10 lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Kemalangan maut: Orang ramai diminta tampil salur maklumat
Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Parit Buntar mendapati punca kematian mangsa disebabkan severe head injury'.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Kanak-kanak lelaki maut, tiga lagi cedera, lori rempuh belakang treler
Polis turut menahan kenderaan terbabit untuk dihantar ke pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
Treler dengan muatan ammonium nitrat terlibat nahas
Sebuah lori membawa muatan ammonium nitrate manakala sebuah lagi muatan skru.
Tiga beranak maut, Perodua Alza dirempuh treler
Kejadian melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan sebuah treler pengangkut kenderaan jenis Volvo.
Dua lelaki maut kereta bertembung treler
Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan habuk kayu di Kilometer 20 Lebuhraya Timur Barat membabitkan laluan Tasik Banding menghala Gerik hari ini.
Harimau belang ditemui mati dilanggar treler
Harimau belang itu adalah haiwan yang dilaporkan sebelum ini menyerang ternakan dan menimbulkan kegusaran penduduk sekitar Kampar.