Pemandu yang dikenali Mohammad Marinoor Chik, 60, itu disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pegawai perubatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.41 pagi.
Menurutnya, sebagai menerima panggilan kecemasan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerakkan ke lokasi.
“Setibanya di tempat kejadian, didapati seorang lelaki yang tersepit di bahagian hadapan sebuah treler.
“Mangsa dipercayai maut di tempat kejadian akibat tersepit di antara treler dan van tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.
Mangsa disahkan maut oleh Pegawai Perubatan KKM dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Operasi tamat pada jam 2.30 pagi.