Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) hari ini menggesa sesetengah negara di Asia Tenggara (SEA) untuk menambah baik infrastruktur lapangan terbang dan kawalan trafik udara (ATC) mereka berikutan jangkaan pertumbuhan kukuh perjalanan udara di rantau ini.
Dengan menyebut Indonesia dan Filipina secara khusus, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarah IATA, Alexandre de Juniac berkata, kapasiti lapangan terbang mereka perlu ditingkatkan manakala keperluan ATC perlu dirasionalisasikan.
"Mereka perlu ditingkatkan secara dramatik. Ia adalah tugas kita (IATA) untuk mendesak (mereka untuk meningkatkannya)," katanya pada sidang akhbar sempena Simposium Kewangan Dunia IATA di sini, hari ini.
De Juniac yang mengambil alih jawatan tertinggi IATA tiga minggu lalu berkata: "Pertumbuhan ekonomi rantau ini adalah kukuh. Infrastruktur perlu ditingkatkan seiring dengan pertumbuhan itu."
Data terbaru IATA menunjukkan trafik syarikat penerbangan Asia-Pasifik meningkat 9.8 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lalu.
Kapasiti meningkat 8.6 peratus dan faktor muatan melonjak 0.9 peratus kepada 81.7 peratus.
Trafik antarabangsa dalam Asia naik 8.1 peratus, tertinggi dalam tempoh empat bulan.
IATA mewakili kira-kira 265 syarikat penerbangan yang menyumbang 83 peratus daripada trafik udara global.
Sementara itu, dalam ucaptama beliau di simposium berkenaan, de Juniac menggesa untuk kepantasan dan inovasi bagi membolehkan penerbangan terus menyumbang manfaat sosial dan ekonomi yang besar.
"Penerbangan adalah perniagaan kebebasan. Kita menjadikan mobiliti global wujud di mana sahaja," katanya.
De Juniac berkata, penerbangan membolehkan 63 juta orang kebebasan bagi mendapatkan mata pencarian mereka.
"Bagi 3.8 bilion pengembara, penerbangan merangkumi kebebasan untuk meneroka dunia, membina persefahaman, membangunkan perniagaan, menjalin persahabatan, menziarah sanak saudara atau menjadikan kehidupan mereka lebih baik.
"Kepantasan dan inovasi akan menjamin masa depan kita agar kita boleh terus menghasilkan manfaat terbabit," katanya.
Menurut de Juniac, industri syarikat penerbangan diramal menghasilkan gabungan keuntungan bersih US$39.4 bilion (US$=RM4.11) tahun ini, yang akan menjadi satu rekod.
"Kita mempunyai tahun yang sangat baik. Saya tidak meramalkan satu penamat kepada tempoh yang baik itu, tetapi adalah tidak realistik untuk mengharapkan ia akan berterusan selama-lamanya," katanya.
Menurutnya, keuntungan tidak disebarkan sama rata, dengan perbezaan ketara di kalangan rantau.
Antara potensi risiko yang dikenal pasti de Juniac ialah kenaikan mendadak harga minyak; peningkatan keganasan yang ditujukan kepada penerbangan dan perjalanan udara; kejatuhan mendadak ekonomi dan pengunduran daripada prinsip perdagangan bebas oleh satu atau lebih ekonomi utama.
"Ketidaktentuan berada di depan kita. Saya amat percaya kepada kepantasan dan inovasi. Kita tidak boleh tahu masa depan, tetapi kita perlu bersedia untuk bertindak balas dengan cepat apabila persekitaran berubah.
"Itu bukan mudah untuk mana-mana perniagaan dan ia adalah perjuangan sebenar untuk industri dipacu proses seperti pengangkutan udara," kata de Juniac. -- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2016
![IATA gesa baiki sesetengah lapangan terbang Asia Tenggara IATA gesa baiki sesetengah lapangan terbang Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71463035752_klia.jpg)
IATA berkata infrastruktur perlu ditingkatkan selaras dengan pertumbuhan ekonomu di rantau ini.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Kerajaan, industri perlu bersedia bagi edaran vaksin COVID-19 - IATA Kerajaan, industri perlu bersedia bagi edaran vaksin COVID-19 - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41584789126_Airplane.jpg)
Kerajaan, industri perlu bersedia bagi edaran vaksin COVID-19 - IATA
Penghantaran vaksin COVID-19 yang selamat akan menjadi misi industri kargo udara di peringkat global.
![IATA syor langkah alternatif kuarantin, tumpu perlindungan berperingkat IATA syor langkah alternatif kuarantin, tumpu perlindungan berperingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61590510492_iata.jpg)
IATA syor langkah alternatif kuarantin, tumpu perlindungan berperingkat
IATA menggalakkan pelaksanaan pendekatan berperingkat bagi mengurangkan risiko import COVID-19 menerusi perjalanan udara.
![Industri penerbangan dijangka rugi RM360 bilion tahun ini - IATA Industri penerbangan dijangka rugi RM360 bilion tahun ini - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41573573864_Kapalaterbang.jpg)
Industri penerbangan dijangka rugi RM360 bilion tahun ini - IATA
Bagi tahun depan pula, IATA berkata kerugian dijangka turun kepada AS$15.8 bilion (RM67.5 bilion) dengan perolehan meningkat kepada AS$ 598 bilion (RM2.6 trilion).
![Hutang industri penerbangan akan naik kepada AS$550 bilion menjelang akhir tahun - IATA Hutang industri penerbangan akan naik kepada AS$550 bilion menjelang akhir tahun - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61590510492_iata.jpg)
Hutang industri penerbangan akan naik kepada AS$550 bilion menjelang akhir tahun - IATA
Secara keseluruhan, kerajaan telah memberikan komitmen kewangan sebanyak US$123 bilion untuk membantu syarikat penerbangan bertahan akibat krisis penularan COVID-19.
![Mac bulan bencana sektor penerbangan kerana permintaan penumpang jatuh mendadak - IATA Mac bulan bencana sektor penerbangan kerana permintaan penumpang jatuh mendadak - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41584789126_Airplane.jpg)
Mac bulan bencana sektor penerbangan kerana permintaan penumpang jatuh mendadak - IATA
Menurut IATA, syarikat penerbangan China terus menyaksikan penyusutan tertinggi dengan permintaan domestik jatuh 65.5 peratus pada Mac 2020 berbanding Mac 2019.
![COVID-19 menyebabkan permintaan, perolehan syarikat penerbangan susut - IATA COVID-19 menyebabkan permintaan, perolehan syarikat penerbangan susut - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71586933297_IATA.jpg)
COVID-19 menyebabkan permintaan, perolehan syarikat penerbangan susut - IATA
Krisis COVID-19 akan menyaksikan perolehan penumpang bagi syarikat penerbangan menyusut US$314 bilion pada 2020, iaitu pengurangan 55 peratus berbanding 2019.
![Permintaan penumpang, faktor muatan 2017 kukuh - IATA Permintaan penumpang, faktor muatan 2017 kukuh - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513420077_KLIADua.jpg)
Permintaan penumpang, faktor muatan 2017 kukuh - IATA
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata kapasiti meningkat 6.4 peratus dan faktor muatan meningkat 1.1 mata peratus kepada 80.6 peratus.
![Syarikat penerbangan Asia-Pasifik dijangka catatkan keuntungan dalam 2018 Syarikat penerbangan Asia-Pasifik dijangka catatkan keuntungan dalam 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71480408730_Airplane.jpg)
Syarikat penerbangan Asia-Pasifik dijangka catatkan keuntungan dalam 2018
Peningkatan dalam pasaran kargo telah memberikan sokongan kepada rantau ini memandangkan Asia-Pasifik mencatatkan 37 peratus daripada keseluruhan jumlah kargo dunia, kata IATA.
![IATA jangka syarikat penerbangan bawa 3.8 bilion penumpang tahun ini IATA jangka syarikat penerbangan bawa 3.8 bilion penumpang tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81473250871_AlexandredeJuniac.jpg)
IATA jangka syarikat penerbangan bawa 3.8 bilion penumpang tahun ini
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangka 265 syarikat penerbangan anggotanya akan membawa kira-kira 3.8 bilion penumpang dan 50 juta tan kargo pada tahun ini.
![IATA gesa baiki sesetengah lapangan terbang Asia Tenggara IATA gesa baiki sesetengah lapangan terbang Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71463035752_klia.jpg)
IATA gesa baiki sesetengah lapangan terbang Asia Tenggara
Ketua Pengarah IATA berkata langkah ini perlu berikutan jangkaan pertumbuhan kukuh perjalanan udara di rantau ini.