Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyifatkan Mac sebagai bulan bencana kepada industri penerbangan berikutan permintaan yang diukur daripada pendapatan penumpang mengikut kilometer (RPK) jatuh mendadak 52.9 peratus berbanding tahun lepas.
Ini merupakan penurunan yang terbesar dalam sejarah, mencerminkan impak daripada langkah kerajaan untuk memperlahankan penularan COVID-19, kata IATA yang mewakili 290 syarikat penerbangan yang terdiri daripada 82 peratus trafik udara global.
Bagi data pelarasan musim, jumlah penumpang global kembali kepada paras yang kali terakhir dilihat pada 2006.
Kapasiti Mac (tempat duduk tersedia mengikut kilometer (ASK) susut 36.2 peratus dan faktor muatan jatuh mendadak 21.4 mata peratusan kepada 60.6 peratus, kata IATA dalam kenyataan hari ini.
"Mac merupakan bulan bencana bagi penerbangan. Syarikat penerbangan secara progresif merasakan peningkatan impak daripada penutupan sempadan dan sekatan pergerakan berikutan COVID-19, termasuk di pasaran domestik.
"Permintaan berada pada paras yang sama seperti 2006, namun kami mempunyai pesawat dan pekerja untuk menggandakannya.
"Lebih memburukkan apabila kita tahu keadaan semakin merosot pada April dan kebanyakan isyarat menuju ke arah pemulihan yang perlahan," kata Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac.
Permintaan penumpang antarabangsa bagi Mac 2020 menguncup 55.8 peratus berbanding Mac 2019.
Ia lebih buruk berbanding penurunan 10.3 peratus tahun ke tahun pada Februari. Semua rantau merekodkan penyusutan peratusan trafik dua angka. Kapasiti merosot 42.8 peratus dan faktor muatan menjunam 18.4 mata peratusan kepada 62.5 peratus, jelas IATA.
"Syarikat penerbangan Asia Pasifik mendahului penurunan itu memandangkan trafik Mac jatuh 65.5 peratus berbanding tahun lepas, iaitu melebihi dua kali ganda penurunan 30.7 peratus pada Februari.
"Kapasiti turun 51.4 peratus dan faktor muatan jatuh 23.4 mata peratusan kepada 57.1 peratus," katanya.
Permintaan bagi perjalanan domestik menguncup 47.8 peratus pada Mac berbanding Mac 2019 dengan peratusan penurunan dua angka di seluruh pasaran.
Ia berbanding kejatuhan 21. 3 peratus tahun ke tahun pada Februari. Kapasiti susut 24.5 peratus dan faktor muatan menjunam 26.0 mata peratusan kepada 58.1 peratus.
Menurut IATA, syarikat penerbangan China terus menyaksikan penyusutan tertinggi dengan permintaan domestik jatuh 65.5 peratus pada Mac 2020 berbanding Mac 2019. Bagaimanapun, ia adalah penambahbaikan melebihi 85 peratus bagi penurunan tahun ke tahun pada Februari berikutan langkah negara untuk membuka semula penerbangan udara domestik.
Syarikat penerbangan Jepun mencatat pengurangan 55.8 peratus tahun ke tahun bagi RPK domestik walaupun tidak mengenakan sebarang sekatan keluar masuk yang meluas.
"Industri ini dalam keadaan merosot dan kita belum jatuh ke paras terendah. Namun, masanya akan tiba tidak lama lagi, saya harap -- apabila pihak berkuasa bersedia melonggarkan sekatan pergerakan dan membuka sempadan.
"Adalah penting untuk kerajaan bekerjasama dengan industri pada masa ini untuk membuat persiapan menghadapinya," kata de Juniac.
Beliau berkata ia adalah satu-satunya jalan bagi memastikan industri penerbangan mempunyai kaedah untuk mengekalkan keselamatan penumpang ketika perjalanan dan memberi keyakinan kepada kerajaan bahawa sektor penerbangan tidak akan menjadi vektor dalam penularan penyakit ini.
"Kita juga perlu mengelakkan kekeliruan dan kerumitan setelah 9.11. Piawaian global yang dipersetujui bersama dan boleh dipraktikkan akan menjadi misi kritikal untuk mencapainya. Satu-satunya kaedah untuk mencapai hasrat itu adalah menerusi kerjasama," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 29 2020

Menurut IATA, syarikat penerbangan China terus menyaksikan penyusutan tertinggi dengan permintaan domestik jatuh 65.5 peratus pada Mac 2020 berbanding Mac 2019. - Gambar hiasan
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Kerajaan, industri perlu bersedia bagi edaran vaksin COVID-19 - IATA
Penghantaran vaksin COVID-19 yang selamat akan menjadi misi industri kargo udara di peringkat global.

IATA syor langkah alternatif kuarantin, tumpu perlindungan berperingkat
IATA menggalakkan pelaksanaan pendekatan berperingkat bagi mengurangkan risiko import COVID-19 menerusi perjalanan udara.

Industri penerbangan dijangka rugi RM360 bilion tahun ini - IATA
Bagi tahun depan pula, IATA berkata kerugian dijangka turun kepada AS$15.8 bilion (RM67.5 bilion) dengan perolehan meningkat kepada AS$ 598 bilion (RM2.6 trilion).

Hutang industri penerbangan akan naik kepada AS$550 bilion menjelang akhir tahun - IATA
Secara keseluruhan, kerajaan telah memberikan komitmen kewangan sebanyak US$123 bilion untuk membantu syarikat penerbangan bertahan akibat krisis penularan COVID-19.

Mac bulan bencana sektor penerbangan kerana permintaan penumpang jatuh mendadak - IATA
Menurut IATA, syarikat penerbangan China terus menyaksikan penyusutan tertinggi dengan permintaan domestik jatuh 65.5 peratus pada Mac 2020 berbanding Mac 2019.

COVID-19 menyebabkan permintaan, perolehan syarikat penerbangan susut - IATA
Krisis COVID-19 akan menyaksikan perolehan penumpang bagi syarikat penerbangan menyusut US$314 bilion pada 2020, iaitu pengurangan 55 peratus berbanding 2019.

Permintaan penumpang, faktor muatan 2017 kukuh - IATA
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata kapasiti meningkat 6.4 peratus dan faktor muatan meningkat 1.1 mata peratus kepada 80.6 peratus.

Syarikat penerbangan Asia-Pasifik dijangka catatkan keuntungan dalam 2018
Peningkatan dalam pasaran kargo telah memberikan sokongan kepada rantau ini memandangkan Asia-Pasifik mencatatkan 37 peratus daripada keseluruhan jumlah kargo dunia, kata IATA.

IATA jangka syarikat penerbangan bawa 3.8 bilion penumpang tahun ini
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangka 265 syarikat penerbangan anggotanya akan membawa kira-kira 3.8 bilion penumpang dan 50 juta tan kargo pada tahun ini.

IATA gesa baiki sesetengah lapangan terbang Asia Tenggara
Ketua Pengarah IATA berkata langkah ini perlu berikutan jangkaan pertumbuhan kukuh perjalanan udara di rantau ini.