KUALA LUMPUR: Hubungan perdagangan dua hala di antara Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini berada di landasan pertumbuhan yang betul, dengan lebih banyak bidang dan peluang untuk diteroka oleh kedua-dua negara dalam melangkah maju, menurut pandangan pakar ekonomi.
Profesor ekonomi di Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng berkata UAE ialah antara 20 destinasi eksport utama Malaysia selain menjadi antara pasaran yang paling pesat berkembang untuk eksport Malaysia, apabila berkembang 43 peratus pada 2022.
Beliau berkata justeru, terdapat potensi kukuh untuk melonjakkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, dengan Malaysia boleh memanfaatkan pasaran Timur Tengah melalui UAE dan demikian juga UAE boleh meneroka peluang perdagangan dan pelaburan di Asean melalui Malaysia.
"Memandangkan ekonomi maju menghadapi cabaran dalam mengekalkan pertumbuhan, negara yang bergantung kepada perdagangan seperti Malaysia perlu mempelbagaikan pasaran eksportnya untuk mengimbangi permintaan pasaran maju yang semakin lemah.
"Perdagangan dan pelaburan Malaysia dengan negara-negara di Asia telah sedia berkembang. Oleh itu, memperluas tumpuan ke rantau lain termasuk negara Timur Tengah akan menjadi peluasan semula jadi bagi pempelbagaian pasaran eksport," katanya kepada Bernama.
Berkongsi pandangan yang sama, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata beliau mendapati eksport Malaysia ke UAE terlalu kecil.
"Data terbaru pada April 2023 menunjukkan eksport ke UAE berjumlah 1.0 peratus. Jadi jelas, terdapat lebih banyak ruang untuk kerjasama seterusnya.
"Saya juga mendapati kebanyakan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) telah melaksanakan banyak usaha untuk mempelbagaikan ekonomi mereka daripada industri bahan api fosil semata-mata.
"Oleh itu, amat wajar untuk bekerjasama dengan UAE dalam sebarang pembangunan ekonomi yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya.
Pada Februari, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan UAE, melalui perbualan telefon, telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan dan tenaga.
Sementara itu, Yeah berkata selain sektor makanan halal dengan kedua-dua negara boleh menggalakkan pelaburan yang boleh melonjakkan pengeluaran makanan dan meningkatkan jaminan makanan setiap negara, tenaga boleh baharu dan pelaburan hijau juga menjadi bidang yang berpotensi untuk diteroka demi manfaat bersama.
Mengulas mengenai jaminan makanan, beliau berpandangan bahawa rasional untuk menggalakkan pelaburan dalam pengeluaran makanan adalah untuk memastikan bekalan makanan jangka masa panjang dan mempertingkatkan jaminan makanan bagi kedua-dua negara.
"Malaysia akan mendapat manfaat daripada peranannya sebagai hab pengeluaran dan eksport memandangkan negara ini boleh memanfaatkan sumber tanah pertanian dan kelebihan iklim pertumbuhan tanaman.
"Selain itu, akan wujud lebih banyak faedah pembangunan jika pelaburan modal disalurkan kepada pertanian pintar yang memanfaatkan kuasa teknologi digital," katanya.
Semasa lawatan rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke UAE pada 2022, Putrajaya secara rasmi menjemput UAE untuk meneroka peluang dalam pembangunan projek Bandar Malaysia yang telah diteliti semula dengan menyediakan pakej untuk lebih ramai pelabur mengambil bahagian.
Ismail Sabri juga menyatakan minat syarikat Malaysia untuk bekerjasama dengan firma UAE dalam industri petroleum, termasuk dalam sektor huluan dan gas asli cecair, tenaga boleh baharu, baja dan karbon dioksida.
Yeah berkata penyertaan syarikat UAE dalam projek Bandar Malaysia akan menjadi pemangkin dalam mengukuhkan keyakinan pelabur di samping menarik pelabur Timur Tengah lain bukan sahaja dalam pembangunan bandar malah juga aktiviti ekonomi seperti kewangan Islam, pelancongan dan logistik.
Mengenai sektor minyak dan gas, beliau berkata UAE menyumbang 6.0 peratus kepada jumlah import bahan api Malaysia manakala eksport ke UAE membentuk kira-kira 1.0 peratus daripada jumlah eksport bahan api Malaysia pada 2022.
Beliau berkata bahagian yang agak kecil itu menunjukkan ruang untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam industri minyak dan gas masing-masing, termasuk cari gali dan pengeluaran di negara Teluk yang kaya dengan minyak itu.
Kedua-dua negara telah menjalinkan hubungan dua hala pada awal 1970-an, diikuti dengan pembukaan misi diplomatik Malaysia di Abu Dhabi pada 1983 dan Kedutaan UAE di Kuala Lumpur pada 1995.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023
Pakar ekonomi berpendapat, terdapat potensi kukuh untuk melonjakkan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan UAE. - Gambar hiasan
17 termasuk dua wanita ditahan bantu kes pergaduhan
Polis menahan 17 individu tempatan termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan Lepas, semalam.
AWANI Ringkas: Rompak wanita bersenjatakan gunting, lelaki ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Allahyarham Ahmad Nawab tokoh legenda industri muzik - Seniman
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyifatkan komposer terkenal Allahyarham Tan Sri Dr Ahmad Nawab sebagai tokoh legenda industri muzik yang berpengalaman luas di peringkat tempatan dan serantau.
Ahli Parlimen Kota Melaka dilantik pengerusi baharu DAP negeri
Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dilantik sebagai Pengerusi DAP Melaka bagi penggal 2024-2027.
AWANI 7:45 [24/11/2024] – Maestro muzik | Orang tua lebih ramai | Jumlah kanak-kanak 9.14 juta tahun 2024 | Jangan bakar sarang lebah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Seniman ulung, Allahyarham Ahmad Nawab meninggal dunia
- Sudi kahwin, tapi enggan ada anak, negara menua makin kronik
- Kanak-kanak bawah 18 tahun menurun ketara berbanding tahun 2023
- Laporan khas Ridauddin Daud... anda bunuh lebah, anda gugat ekosistem dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Seniman ulung, Allahyarham Ahmad Nawab meninggal dunia
- Sudi kahwin, tapi enggan ada anak, negara menua makin kronik
- Kanak-kanak bawah 18 tahun menurun ketara berbanding tahun 2023
- Laporan khas Ridauddin Daud... anda bunuh lebah, anda gugat ekosistem dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Fahmi ucap takziah buat keluarga Ahmad Nawab
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga komposer terkenal Tan Sri Dr Ahmad Nawab yang meninggal dunia petang tadi.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Kerajaan peruntuk RM25 juta laksana inisiatif RKB pada 2025, sasar 500 projek
Kerajaan memperuntukkan RM25 juta sebagai komitmen pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dengan sasaran pelaksanaan 500 projek pada tahun depan.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Anwar berkata negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkaya landskap muzik tanah air.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Malaysia-New Zealand sepakat tingkat perdagangan, pelaburan kepada 50 peratus
Perkara itu dicapai hasil pertemuan singkat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon.
Lawatan PM Anwar ke Brazil perkukuh hubungan diplomatik 65 tahun, tingkatkan perdagangan
Lawatan kerja itu terdiri daripada dua komponen utama - pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil dan penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20.
Pertumbuhan APEC diunjur menyederhana kepada 3.1 peratus pada 2025
Rantau APEC sedang mengharungi cabaran ekonomi yang ketara apabila keadaan global berkembang.
Pemimpin, menteri APEC bakal bincang dasar pacu ekonomi dan keterangkuman
Antara tumpuan AELW adalah perubahan iklim, penyelesaian tenaga mampan, peralihan ekonomi digital dan usaha memudah cara perdagangan.
APEC 2024: Merakyatkan forum global, tangani jurang ekonomi
Menerusi tema, Berdaya-Inklusif-Maju, pegawai kanan, menteri dan pemimpin dari 21 ekonomi anggota APEC akan berhimpun minggu ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Malaysia mahu tingkat perdagangan produk halal, pertanian komoditi dengan China - PM Anwar
Perkara itu disampaikan Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China, Premier Li Qiang.
Usahawan wanita: Data tepat mudahkan bantuan dan sokongan - Tengku Zafrul
Kajian akan membantu penghasilan data yang tepat, sekali gus membolehkan bantuan dan sokongan yang lebih bersasar diberikan.
Johor rekod nilai dagangan berjumlah RM753 bilion tahun lepas
Angka itu merangkumi 29 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan negara.