Malaysia dan Jepun akan meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik tahun ini.
Najib yang memberikan contoh usaha sama Malaysia-Jepun memetik projek BBCC yang berjaya menarik kumpulan hartanah utama dari Negara Matahari Terbit itu, Mitsui Fudisan Co Ltd, yang akan melabur dalam projek mega gedung beli-belah bernilai RM1.6 bilion.
Terletak di kawasan seluas 7.85 hektar di tapak bekas Penjara Pudu, BBCC mempunyai nilai pembangunan kasar RM8.7 bilion.
Ia mengandungi gedung membeli-belah, hab hiburan, hotel empat bintang, dua blok pejabat strata, dan lima blok pangsapuri perkhidmatan dan menara 80 tingkat satu dalam tiga yang menempatkan pejabat korporat, hotel lima bintang dan kediaman mewah.
Fasa satu, yang melibatkan 50 peratus daripada projek itu, dijadual siap pada Disember 2020.
Najib berkata BBCC bersama-sama Mitsui Mall merupakan satu lagi model hasil kejayaan Program Transformasi Ekonomi Malaysia yang sudah membuahkan hasil dari segi menarik pelaburan asing.
Beliau berkata Jepun sudah pun merupakan antara pembeli utama asing yang membeli unit kediaman di projek BBCC tersebut.
"Malaysia kekal sebagai destinasi persaraan utama bagi masyarakat Jepun, hasil daripada persekitaran ekonomi dan politik yang stabil, cuaca yang tenang dan standard kediaman mampu milik," katanya.
Sebagai sebuah negara yang terbuka dan pelbagai, Najib berkata Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang menarik.
"Kami menyambut baik pelaburan langsung asing, tanpa mengira sama ada dari Jepun, China, Arab Saudi. Amerika Syarikat atau Singapura.
"Jika anda antara lain menambah nilai kepada ekonomi Malaysia, menyediakan lebih banyak pekerjaan, membawa masuk teknologi baharu dan menambah kepada nilai eksport, anda sememangnya disambut baik untuk melabur di negara ini," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2017
![Hubungan dua hala Malaysia-Jepun berpotensi besar - PM Hubungan dua hala Malaysia-Jepun berpotensi besar - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/61497936720_MalaysiaJapanflag.jpg)
Malaysia kekal sebagai destinasi persaraan utama bagi masyarakat Jepun, hasil daripada persekitaran ekonomi dan politik yang stabil, cuaca yang tenang dan standard kediaman mampu milik.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Isu kemanusiaan: Malaysia perlu adakan rundingan dengan Taliban - Anwar Isu kemanusiaan: Malaysia perlu adakan rundingan dengan Taliban - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629116045_TalibanKabul.jpg)
Isu kemanusiaan: Malaysia perlu adakan rundingan dengan Taliban - Anwar
Malaysia perlu mengadakan rundingan bersama Taliban selepas kumpulan itu kini menguasai Afghanistan sepenuhnya.
![44 pelajar Malaysia alami gejala di Mesir disahkan negatif COVID-19 44 pelajar Malaysia alami gejala di Mesir disahkan negatif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61596549456_Pyramids.jpg)
44 pelajar Malaysia alami gejala di Mesir disahkan negatif COVID-19
44 pelajar Malaysia yang menunjukkan simptom demam dan selesema baru-baru ini disahkan negatif COVID-19.
![Hubungan Malaysia-Kanada sama usia dengan Hari Malaysia Hubungan Malaysia-Kanada sama usia dengan Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71568711257_kanada.jpg)
Hubungan Malaysia-Kanada sama usia dengan Hari Malaysia
Beberapa sektor penting juga jelasnya boleh diteroka dengan kerjasama kerajaan Kanada antaranya pelancongan, sistem penyampaian perkhidmatan awam, sains dan teknologi serta kesaksamaan gender.
![Raja Arab Saudi ucap tahniah kepada Tun Mahathir Raja Arab Saudi ucap tahniah kepada Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51523836196_SaudiArabiaKing.jpg)
Raja Arab Saudi ucap tahniah kepada Tun Mahathir
Agensi berita Arab Saudi (SPA), Raja Salman telah menzahirkan ucapan tersebut menerusi satu perbualan telefon.