KUALA LUMPUR: Harga sawit dijangka kekal kukuh tahun depan kerana pengeluaran akan kekal tertekan berikutan kos baja yang melambung tinggi dan kekurangan buruh yang berpanjangan.
Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) berkata, sektor itu, yang sudah pun menghadapi hasil lembap selepas pekebun mengurangkan penggunaan baja pada 2018 dan 2019, mungkin sekali lagi mengalami input yang lebih rendah tahun depan.
CPOPC berkata, pekebun kecil dijangka mengurangkan input kerana harga nitrogen dan fosfat telah melonjak sebanyak 50%-80% sejak pertengahan 2021, manakala firma perladangan mungkin menghadapi cabaran akibat kekangan bekalan.
"Akibatnya, Indonesia dan Malaysia mungkin tidak dapat memberikan pertumbuhan keluaran yang banyak pada 2022," katanya.
Kedua-dua negara tersebut secara kolektif membentuk 85% daripada bekalan minyak sawit dunia.
Bekalan yang terhad telah pun melonjakkan harga penanda aras niaga hadapan minyak sawit mentah sebanyak 31% setakat tahun ini, dengan kontrak itu mencecah rekod tertinggi sebanyak RM5,220/tan.
"Pengeluaran minyak sawit akan kekal dikekang dengan potensi peningkatan yang terhad, dan harga mungkin akan terus didagangkan dalam julat kenaikan harga AS$1,000/tan," kata CPOPC.
Majlis itu meramalkan import minyak sawit China meningkat kepada 7.2 juta tan pada 2021/22, daripada 6.8 juta tan pada 2020/21, dirangsang oleh pemulihan ekonomi.
Import oleh India dianggarkan pada 8.6 juta tan pada 2021/22, meningkat daripada 8.5 juta tan pada 2020/21, manakala import Kesatuan Eropah dianggarkan meningkat kepada 6.9 juta tan daripada 6.2 juta tan pada 2020/21.
CPOPC, bagaimanapun, memberi amaran bahawa kesan daripada varian coronavirus Omicron telah menimbulkan keraguan terhadap pemulihan permintaan.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Dec 31 2021

Harga sawit dijangka kekal kukuh tahun depan kerana pengeluaran akan kekal tertekan berikutan kos baja yang melambung tinggi dan kekurangan buruh yang berpanjangan. -Gambar hiasan/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Harga sawit dijangka kekal kukuh pada 2022 - CPOPC
Pekebun kecil dijangka mengurangkan input kerana harga nitrogen dan fosfat telah melonjak sebanyak 50%-80% sejak pertengahan 2021.

Kerajaan jangka peroleh cukai luar biasa daripada kelapa sawit
Kerajaan dijangka akan memperoleh pendapatan menerusi cukai luar biasa berjumlah lebih RM500 juta sekiranya harga sawit terus stabil pada paras RM3,000 setan sehingga tahun hadapan.

MPIC komited pastikan harga sawit, getah kekal stabil - Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin berkata antara langkah yang telah diambil bagi sektor sawit adalah mempelbagaikan produk minyak sawit terutamanya dalam produk hiliran.

Harga melonjak sehingga RM3,000 setan, pendapatan peneroka sawit bertambah
Kenaikan harga kelapa sawit ternyata memberi berita gembira kepada pekebun kecil termasuk peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Teresa Kok bidas Perancis tolak penggunaan minyak sawit
Katanya, tindakan Perancis itu akan menjejaskan kehidupan berjuta penduduk negara pengeluar minyak sawit termasuk Malaysia.