Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan penjualan harga barangan harian yang lebih murah adalah tidak mustahil.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata setakat ini walaupun tiada penurunan harga di pasaran utama, PPIM telah berjaya membuktikan ia boleh dilaksanakan.
"Ini adalah berdasarkan pengalaman kami di PPIM yang telah lebih dua bulan membantu mempromosikan peniaga menjual barangan harian dengan lebih murah " katanya, di sini hari ini.
PPIM melalui program Jualan Harapan Rakyat dengan kerjasama Halmim dan Dewan Perniagaan Melayu
Malaysia cawangan Putrajaya telah mempromosikan jualan barangan harian dengan harga jauh lebih murah.
"Harga barangan di Jualan Harapan Rakyat kami adalah jauh lebih murah, hampir separuh dari harga jualan biasa.
Sebagai contoh ikan kembung yang dijual antara RM10 hingga RM9 sekilo dijual dengan harga RM5 sekilo sahaja," katanya.
Selain itu harga ayam yang kini mencecah hampir RM7 sekilo dijual dengan harga RM5.99 sekilo.
Nadzim berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan semua pihak untuk menyertai program tersebut.
"Kami juga sedia berkongsi pengalaman dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
untuk memperluaskan lagi program tersebut," katanya.
Nadzim mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub bahawa harga barangan keperluan asas turun selepas cukai GST diturunkan kepada kadar sifar.
Pada 15 Jun lalu, Salahuddin berkata barang keperluan asas seperti ayam, sayuran dan daging lembu turun antara 30 hingga 50 peratus sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.
Media Statement
Mon Jun 18 2018

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) Salahuddin Ayub (tiga, kanan) membuat lawatan ke gerai usahawan selepas melancarkan Jualan Jimat Belanja Aidilfitri Pasar Tani di Pasar Tani Stadium Shah Alam baru-baru ini. - fotoBERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.

Shahidan tarik diri tanding Presiden DPMM
Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata keputusan berkenaan dibuat demi menjaga perpaduan dalam kalangan ahli persatuan itu.

Pasca banjir: Sabella sumbang 4,000 pakaian di Johor
Praperlepasan misi itu disempurnakan di Gudang Sabella, Batu Caves yang dijalankan dengan kerjasama DPMM, PPIM dan APM.

Kerajaan digesa lanjutkan bantuan ERP sehingga hujung tahun
Kerajaan digesa untuk melanjutkan bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini bagi membantu majikan dan pekerja yang terkesan dengan penularan COVID-19.

Proses permohonan skim bantuan PKS tidak masuk akal - DPMM
Halangan terbesar ialah pihak bank masih mengekalkan corak pemprosesan yang sama.

Harga barangan keperluan murah tidak mustahil - PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan penjualan harga barangan harian yang lebih murah adalah tidak mustahil.

Wujudkan undang-undang anti-diskriminasi dalam sektor pekerjaan
Kerajaan wajar mewujudkan peruntukan undang-undang anti-diskriminasi bagi sektor pekerjaan dalam negara.

SPRM buru YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak
SPRM memburu Sabri Ahmad Tah bagi menyelesaikan pendakwaan satu kes rasuah di Perak.

PNS memperuntukkan RM60 juta bagi industri francais
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menyediakan pembiayaan francais berjumlah RM60 juta bagi membangunkan industri francais di negara ini sepanjang 2016.