KUALA LUMPUR: DFI Group (DFI) memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan terkemuka Malaysia yang diketuai ahli perniagaan dan usahawan, Datuk Andrew Lim, untuk mengambil alih keseluruhan perniagaan makanan DFI di Malaysia, termasuk jenama ikonik Giant.
DFI dalam satu kenyataan berkata, peralihan itu dijangka selesai awal bulan depan.
Andrew Lim mempunyai rekod prestasi yang luas dan dikenali dengan kejayaannya dalam kepimpinan runcit serta menyumbang ketara kepada pertumbuhan dan transformasi landskap runcit di Malaysia.
Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Kumpulan SOGO Department Store Sdn Bhd, serta Pengerusi Eksekutif Kumpulan GAMA yang memiliki dan mengendalikan jenama ikonik GAMA Supermarket & Departmental Store di Pulau Pinang.
"Syarikat tempatan ini berkongsi kepercayaan yang sama seperti DFI dalam memberi fokus kepada menyampaikan kualiti, perkhidmatan serta nilai hebat kepada pelanggan.
"DFI yakin pemilik tempatan berpengalaman seperti Andrew Lim akan memberi manfaat serta perubahan positif kepada pelanggan dan kakitangan Giant, Cold Storage dan Mercato.
"Perkembangan positif ini sudah pasti akan menjana pertumbuhan masa depan berdasarkan pengetahuan pasaran yang mendalam, pelaburan jenama dan kekuatan daya saing untuk membentuk landasan kukuh," kata DFI dalam kenyataan itu di sini, pada Khamis.
Menurut DFI, syarikat tempatan itu juga akan mengambil alih 2,500 kakitangan sedia ada.
"DFI berterima kasih ke atas dedikasi dan komitmen kakitangan, serta percaya pengalaman dan semangat mereka terhadap jenama ini akan diteruskan dengan memberi sokongan padu kepada cita-cita kompetitif Lim dan pasukan kepimpinan tempatan ini.
"Mereka juga akan menerima manfaat daripada peluang pertumbuhan kerjaya dengan menjadi sebahagian daripada syarikat yang lebih besar di Malaysia," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group Asia Tenggara, Chris Bush, berkata syarikat itu yakin dengan kepimpinan syarikat tempatan terbabit menerajui kejayaan masa depan perniagaan makanan.
"Kami amat gembira apabila dapat memastikan perolehan perniagaan makanan ini diberi kepada syarikat tempatan yang dihormati serta berjaya, dengan mengekalkan kakitangan berdedikasi syarikat, dimana ia menyediakan peluang pertumbuhan kerjaya untuk kakitangan dan meningkatkan daya saing, perkhidmatan serta memberi nilai yang lebih besar untuk pelanggan di Malaysia.
"Kami mendoakan yang terbaik kepada pemilik baharu serta semua rakan sekerja kami di masa hadapan," katanya.
Sementara itu, Lim berkata: "Kami mengucapkan terima kasih kepada DFI Retail Group kerana memberi kepercayaan serta amanah kepada kami memajukan lagi jenama runcit terkenal di Malaysia ini.
"Kami, bersama-sama dengan 2,500 rakan serta teman sekerja yang baharu ini akan berusaha sebaik mungkin untuk menambah nilai dan meningkatkan ekuiti jenama Cold Storage, TMC, Giant dan Mercato di Malaysia," katanya.
Sementara itu, menurut DFI, ia kekal komited terhadap perniagaan runcit di Malaysia dengan mempertajamkan fokus strategik kepada perniagaan kesihatan dan kecantikan yang kini berkembang pesat.
Katanya, DFI Group akan terus memiliki dan mengendalikan sepenuhnya kedai Guardian Health and Beauty dan merancang pertumbuhan pesat Guardian Malaysia dengan jangkaan penambahan rangkaian kedai yang kini melebihi 500 cawangan serta menambah ratusan perkerjaan dalam tempoh dua tahun ini.
"Peralihan ini akan membolehkan DFI Group menumpukan perhatian eksklusif kepada pengembangan perniagaan Guardian di Malaysia. Kami teruja dengan peluang untuk memajukan Guardian dengan lebih pesat disokong dengan penambahan cawangan yang ketara, penambahbaikan kedai dan peningkatan tawaran kepada pelanggan," katanya.
Astro Awani
Thu Feb 23 2023

DFI yakin pemilik tempatan berpengalaman seperti Andrew Lim akan memberi manfaat serta perubahan positif kepada pelanggan dan kakitangan Giant, Cold Storage dan Mercato. - Foto DFI
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Cola dan Giant, orang utan yang diseludup ke Thailand akhirnya dihantar pulang
Cola dan Giant dikembalikan ke tempat asal kedua-dua orang utan tersebut di timur Kalimantan dan Sumatra.

Menerokai pasaran etnik Asia di Amerika Syarikat
Norizan Sharif menulis tentang peluang penerokaan pasaran di Amerika Syarikat pada abad ke-21 ini.

Tiada kenaikan harga kelengkapan persekolahan di Perlis - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis tidak menerima sebarang aduan mengenai harga kelengkapan persekolahan termasuk kasut hitam.

Penutupan lima pasar raya Giant tiada kaitan ekonomi negara
Penutupan lima cawangan pasar raya Giant tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Pasaraya Giant di Ipoh terbakar, cetuskan panik pengunjung
Pengunjung pasaraya terkemuka Giant cawangan Bandar Sunway Ipoh di sini mengalami detik mencemaskan apabila satu kebakaran berlaku di dalam pusat membeli-belah tersebut petang tadi.

Harga petrol naik: Jangan jadikan alasan naikkan harga barangan
Datuk Seri Hamzah Zainudin menasihatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan dengan sesuka hati.

JAIP sahkan tarik balik sijil halal syarikat pembekal ayam
Jabatan Agama Islam Perak mengesahkan mengeluarkan kenyataan mengenai penarikan balik sijil halal ke atas pusat penyembelihan ayam, PCK Processing & Marketing.

Pasaraya Giant tiada kaitan dengan status halal PCK Processing
Pasaraya Giant menafikan sebarang perkaitan dengan syarikat PCK Processing & Marketing sekaligus menafikan berita yang tersebar di laman sosial.