Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) mengesahkan pihaknya mengeluarkan kenyataan mengenai penarikan balik sijil halal ke atas sebuah pusat penyembelihan ayam yang beroperasi di Seri Manjung Perak.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata sijil itu ditarik balik kerana pembekal terbabit, PCK Processing & Marketing melanggar Prosedur Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) meskipun notis ketidakpatuhan semasa audit lapangan (NCR) telah dikeluarkan sebanyak dua kali.
Memetik laporan Sinar Harian, Nizar menyatakan keputusan penarikan sijil halal itu dibuat semasa Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Negeri Perak yang bersidang pada 29 Mei lalu. Surat rasmi penarikan dikeluarkan pada 1 Jun.
Menurutnya sijil halal itu ditarik balik disebabkan syarikat tersebut melanggar peraturan dari sudut pemprosesan produk.
“Sijil halal yang ditarik balik itu juga akan dikembalikan sekiranya pihak berkenaan memperbetulkan kesalahan dan tidak mengulanginya,” katanya.
Susulan penarikan itu, PCK Processing & Marketing tidak dibenarkan menggunakan logo halal Malaysia pada produk atau premis-premis di seluruh cawangan kerana ia menjadi kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Kenyataan JAIP itu mula viral di laman-laman sosial sejak minggu lalu malah terkesan sehingga ada yang mengaitkannya dengan rangkaian pasar raya Giant.
Astro Awani
Wed Jun 10 2015
Jabatan Agama Islam Perak mengesahkan mengeluarkan kenyataan mengenai penarikan balik sijil halal ke atas pusat penyembelihan ayam, PCK Processing & Marketing.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
Cola dan Giant, orang utan yang diseludup ke Thailand akhirnya dihantar pulang
Cola dan Giant dikembalikan ke tempat asal kedua-dua orang utan tersebut di timur Kalimantan dan Sumatra.
Menerokai pasaran etnik Asia di Amerika Syarikat
Norizan Sharif menulis tentang peluang penerokaan pasaran di Amerika Syarikat pada abad ke-21 ini.
Tiada kenaikan harga kelengkapan persekolahan di Perlis - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis tidak menerima sebarang aduan mengenai harga kelengkapan persekolahan termasuk kasut hitam.
Penutupan lima pasar raya Giant tiada kaitan ekonomi negara
Penutupan lima cawangan pasar raya Giant tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.
Pasaraya Giant di Ipoh terbakar, cetuskan panik pengunjung
Pengunjung pasaraya terkemuka Giant cawangan Bandar Sunway Ipoh di sini mengalami detik mencemaskan apabila satu kebakaran berlaku di dalam pusat membeli-belah tersebut petang tadi.
Harga petrol naik: Jangan jadikan alasan naikkan harga barangan
Datuk Seri Hamzah Zainudin menasihatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan dengan sesuka hati.
JAIP sahkan tarik balik sijil halal syarikat pembekal ayam
Jabatan Agama Islam Perak mengesahkan mengeluarkan kenyataan mengenai penarikan balik sijil halal ke atas pusat penyembelihan ayam, PCK Processing & Marketing.
Pasaraya Giant tiada kaitan dengan status halal PCK Processing
Pasaraya Giant menafikan sebarang perkaitan dengan syarikat PCK Processing & Marketing sekaligus menafikan berita yang tersebar di laman sosial.