Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan tidak lagi perlu khuatir berdepan kesukaran memperolehi pembiayaan untuk memulakan perniagaan mereka.
Majlis Penasihat Perniagaan Asean (ASEAN-BAC) melancarkan Growth Accelerator Exchange (GAX) yang memberikan keupayaan kepada PKS tempatan mengumpul pembiayaan secara digital.
GAX merupakan sebahagian dari inisiatif Sidang Kemuncak Perniagaan Dan Pelaburan Asean (ABIS 2015) 20 November lalu sebagai usaha ASEAN untuk memperkasakan PKS tempatan dan serantau.
Ia mengguna pakai platform digital untuk menyediakan pembiayaan bagi PKS dan perniagaan permulaan atau 'start-ups' yang sukar mendapat kelulusan pembiayaan dari bank konvensional.
Melalui GAX, PKS boleh membuat permohonan pembiayaan secara atas talian dan berupaya memperoleh kelulusan secepat 5 minit.
Menurut pengasas GAX Goh Peng Ooi, untuk terus berkembang, PKS perlu memaksimumkan platform yang wujud dalam era digital kini dalam memantapkan kolaborasi perniagaan mereka dengan komuniti serantau.
“Dahulu kita mempunyai ekonomi di mana kita boleh memiliki gerai char kuew tiau, kita boleh membeli minyak, boleh membeli bekalan dan semua bahan-bahan yang diperlukan dan kemudian tunggu pelanggan untuk datang ke gerai anda.
"Tetapi hari ini, anda hidupkan telefon bimbit anda, anda berhubung dengan orang lain setiap hari, sepanjang masa,” kata beliau sewaktu majlis pelancaran GAX di sini hari ini.
Sementara itu Pengerusi ASEAN-BAC Tan Sri Datuk Dr Munir Majid berkata ASEAN-BAC akan terus menyokong dan memantau inisiatif GAX.
Menurut beliau, GAX juga merupakan satu langkah positif yang berupaya berkembang dan memanfaatkan PKS di seluruh ASEAN pada masa hadapan.
Beliau turut menyeru ASEAN-BAC supaya menyokong sepenuhnya inisiatif ini dan memastikan proses penubuhan inisiatif ini lancar.
“Kita boleh berdialog untuk melihat bagaimana perkembangan GAX dan memantau kemajuan mereka.
"Melihat kepada model perniagaan dan sasaran mereka, kita dapat melihat bahawa mereka akan bermula secara kecil-kecilan di Malaysia, dan bergerak ke dalam suku pertama dan suku kedua 2016, mereka akan mula berkembang ke luar dan menjadi lebih besar, ke luar Malaysia,” kata beliau.
GAX menyediakan pembiayaan sehingga RM100 ribu kepada PKS tempatan dengan tempoh pembayaran semula sehingga 3 tahun.
Ia juga menyediakan kadar faedah kira-kira 2% lebih rendah dari bank konvensional.
Sementara itu Tan Sri Datuk Dr Munir turut menambah platform pembiayaan digital yang disediakan oleh GAX juga berupaya menjadi langkah pertama bagi mewujudkan sebuah bank pusat ASEAN khas untuk membiayai PKS di rantau ini.
Menurut beliau dipacu oleh sektor swasta, teknologi pembiayaan digital ini boleh terus dibangunkan dan digunakan untuk menangani cabaran menarik pembiayaan yang dihadapi oleh komuniti PKS ASEAN.
“Saya lihat ada potensi dalam teknologi kewangan yang boleh digunakan untuk menghasilkan satu platform bagi pembiayaan PKS serantau," tambahnya.
Menurut beliau, inisiatif ini boleh dipacu oleh sektor swasta dan dibina di atas infrastruktur digital bagi menyelesaikan permasalahan akses kewangan serta masalah-masalah lain yang dihadapi oleh komuniti PKS ASEAN.
Luqman Hariz
Fri Nov 27 2015

GAX merupakan sebahagian dari inisiatif Sidang Kemuncak Perniagaan Dan Pelaburan Asean (ABIS 2015) 20 November lalu sebagai usaha ASEAN untuk memperkasakan PKS tempatan dan serantau. -Foto Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

GAX sedia platform kumpul pembiayaan digital bagi PKS
Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) tempatan tidak lagi perlu khuatir berdepan kesukaran memperolehi pembiayaan untuk memulakan perniagaan mereka.