Kegagalan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dimuktamadkan susulan tindakan Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian itu, tidak bermakna perdagangan Malaysia akan terencat.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan sebaliknya berkata Malaysia sudah bersedia dengan beberapa alternatif lain, termasuk melalui perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dijangka dimuktamadkan hujung tahun ini.
Jelasnya, RCEP dilihat menjadi alternatif yang menawarkan perdagangan yang menarik kerana walaupun masih baru, namun ia meliputi pasaran pengguna yang lebih besar, dengan China sahaja mempunyai 1.3 bilion penduduk manakala India 1.2 bilion berbanding TPPA yang hanya melibatkan 880 juta penduduk.
"Dalam TPPA, tiada penglibatan India dan China, dalam RCEP mereka (India dan China) ada, jadi kalau kita menumpukan pada RCEP, maka ia tidak bermakna kita kerugian besar akibat kegagalan TPPA," katanya kepada pemberita selepas melawat Kilang Zinon Food Industry Sdn Bhd, di sini hari ini.
RCEP melibatkan negara anggota ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand, manakala TPPA merangkumi AS, Jepun, Australia, New Zealand, Chile, Mexico, Kanada, Peru dan empat anggota ASEAN -- Malaysia, Singapura, Brunei dan Vietnam.
Ahmad berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk mengadakan rundingan dua hala Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan empat daripada 12 negara yang menyertai TPPA sebelum ini.
Empat negara yang belum mempunyai FTA dengan Malaysia ialah Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.
"Sepanjang lima tahun rundingan TPPA dibuat, kita sudah mempunyai hubungan yang cukup baik dengan keempat-empat negara tersebut.
"Kita rasa dalam tempoh dua tahun, kita boleh memuktamadkan FTA tersebut kerana rundingan untuk satu perjanjian perdagangan bebas lazimnya akan mengambil masa setahun dua untuk selesai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2017
Malaysia sudah bersedia dengan beberapa alternatif lain. - Gambar fail
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak dijangka mula Januari
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari.
JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.