KUALA LUMPUR: Forbes Asia menyenaraikan 11 firma Malaysia antara 200 Syarikat Terbaik Bawah Satu Bilion 2021 berdasarkan daya tahan mereka mengharungi pandemik COVID-19.
Senarai tahunan itu dikeluarkan bagi mengiktiraf syarikat tersenarai kecil dan sederhana di rantau Asia Pasifik yang merekodkan jualan di bawah AS$1 bilion.
Firma Malaysia yang berada dalam senarai Forbes Asia ini ialah Comfort Gloves Bhd, D&O Green Technologies Bhd, Dancomech Holdings Bhd, Dufu Technology Corp Bhd dan FoundPac Group Bhd.
Turut tersenarai termasuklah Frontken Corp Bhd, Revenue Group Bhd, Scientex Bhd, Thong Guan Industries Bhd, UG Healthcare Corp Ltd dan ViTrox Corp Bhd.
Menurut Forbes Asia, di sebalik penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, senarai Syarikat Terbaik Bawah Satu Bilion menonjolkan kemampanan 200 syarikat tersenarai kecil dan sederhana di rantau Asia Pasifik yang mempunyai nilai jualan di bawah AS$1 bilion.
"Prestasi kewangan mereka mencerminkan sejauh mana syarikat-syarikat ini menyesuaikan diri di tengah-tengah penularan wabak ini, dengan syarikat berkaitan penjagaan kesihatan dan farmaseutikal paling menyerlah.
"Sementara itu, firma teknologi dan logistik yang berkaitan dengan ledakan e-dagang global juga mendapat manfaat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi Forbes Asia, senarai itu bertujuan mengenal pasti syarikat dengan prestasi kelestarian jangka panjang merentasi pelbagai metrik.
Daripada 20,000 syarikat tersenarai di rantau Asia Pasifik dengan pendapatan tahunan melebihi AS$10 juta dan di bawah AS$1 bilion, hanya 200 syarikat sahaja terpilih.
Dalam kalangan syarikat Malaysia yang tersenarai itu, Comfort Gloves, syarikat pengeluar sarung tangan getah yang ditubuhkan pada 1937 dan berpangkalan di Taiping, Perak itu merekodkan jualan sebanyak AS$225 juta.
Syarikat semikonduktor, D&O Green Technologies yang berpangkalan di Melaka mencatat jualan sebanyak AS$137 juta manakala Dancomech, syarikat pembekal peralatan untuk industri minyak sawit, oleokimia, petrokimia, minyak dan gas serta rawatan air dan pembentungan mempunyai nilai jualan berjumlah AS$28 juta.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Sep 08 2021
![Forbes Asia senarai 11 firma Malaysia dalam Syarikat Terbaik Bawah 1 Bilion 2021 Forbes Asia senarai 11 firma Malaysia dalam Syarikat Terbaik Bawah 1 Bilion 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631140635_TBFORBESASIAjpg.jpg)
Forbes Asia menyenaraikan 11 firma Malaysia antara 200 Syarikat Terbaik Bawah Satu Bilion 2021 berdasarkan daya tahan mereka mengharungi pandemik COVID-19.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Enam syarikat Malaysia terpilih dalam '100 to Watch List' Forbes Asia Enam syarikat Malaysia terpilih dalam '100 to Watch List' Forbes Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693301203_forbesasia.jpg)
Enam syarikat Malaysia terpilih dalam '100 to Watch List' Forbes Asia
Syarikat-syarikat itu ialah Aerodyne, BoomGrow, Care Concierge, Involve Asia, Lapasar, dan PolicyStreet.
![Nadiah Wan muncul CEO termuda dalam senarai 'Power Businesswomen 2021' Forbes Asia Nadiah Wan muncul CEO termuda dalam senarai 'Power Businesswomen 2021' Forbes Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51635871857_NADIAHWAN.jpg)
Nadiah Wan muncul CEO termuda dalam senarai 'Power Businesswomen 2021' Forbes Asia
Nadiah yang memegang dua jawatan ketua pegawai eksekutif merupakan individu paling muda dalam senarai itu tahun ini.
![Forbes Asia senarai 11 firma Malaysia dalam Syarikat Terbaik Bawah 1 Bilion 2021 Forbes Asia senarai 11 firma Malaysia dalam Syarikat Terbaik Bawah 1 Bilion 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631140635_TBFORBESASIAjpg.jpg)
Forbes Asia senarai 11 firma Malaysia dalam Syarikat Terbaik Bawah 1 Bilion 2021
Senarai tahunan itu dikeluarkan bagi mengiktiraf syarikat tersenarai kecil dan sederhana di rantau Asia Pasifik yang merekodkan jualan di bawah AS$1 bilion.
![Niat saya cuma bantu peniaga kecil - Siti Nurhaliza Niat saya cuma bantu peniaga kecil - Siti Nurhaliza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607757864_sitinurhaliza.jpg)
"Niat saya cuma bantu peniaga kecil" - Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menggunakan inisiatif menerusi platform media sosialnya bagi membantu peniaga khususnya golongan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS).
![Siti Nurhaliza terharu disenarai sebagai selebriti berpengaruh Forbes Siti Nurhaliza terharu disenarai sebagai selebriti berpengaruh Forbes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71606808859_siti.jpg)
Siti Nurhaliza terharu disenarai sebagai selebriti berpengaruh Forbes
Siti Nurhaliza disenaraikan oleh Forbes Asia sebagai antara 100 selebriti paling berpengaruh di media sosial peringkat Asia Pasifik.
![Robert Kuok kekal orang paling kaya di Malaysia Robert Kuok kekal orang paling kaya di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583387162_RobertKuokHockNie.jpg)
Robert Kuok kekal orang paling kaya di Malaysia
Robert Kuok berada pada kedudukan nombor satu lagi dengan nilai bersih AS$11.5 bilion, kedudukan yang dipegang selama lebih dua dekad.
![Joanne Kua dari Malaysia disenarai dalam Emergent 25 Forbes Asia Joanne Kua dari Malaysia disenarai dalam Emergent 25 Forbes Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61525353375_JoanneKua.jpg)
Joanne Kua dari Malaysia disenarai dalam Emergent 25 Forbes Asia
Hanya berusia 33 tahun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif KSK Group itu menyertai perniagaan insurans dan kewangan bapanya kira-kira tujuh tahun yang lalu.
![Neelofa tersenarai dalam Forbes 30 melalui Naelofar Hijab Neelofa tersenarai dalam Forbes 30 melalui Naelofar Hijab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471265002_NeelofaNeelofarh.jpg)
Neelofa tersenarai dalam Forbes 30 melalui Naelofar Hijab
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.