Fitch Ratings mengesahkan penarafan ingkar penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia pada 'A-' dengan prospek stabil, berikutan ia menjangka momentum pertumbuhan yang positif berterusan pada tahun ini dan pada 2019 berdasarkan persekitaran luaran yang kukuh.
Agensi penarafan itu mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.4 peratus pada 2018 dan 2019, disokong oleh permintaan domestik dan luaran.Fitch berkata lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas berbanding 2.3 peratus pada 2016, didorong terutamanya oleh peningkatan dari segi eksport elektronik.
"Kami menjangka pertumbuhan eksport sederhana pada 2018, berikutan kesan asas yang positif berkurangan, tetapi kekal kukuh, selaras dengan keadaan permintaan global yang menggalakkan. Kami menjangka lebihan akaun semasa pada sekitar dua hingga tiga peratus daripada KDNK pada 2018 dan 2019," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Bagaimanapun, berdasarkan tahap keterbukaan perdagangan Malaysia yang tinggi, ia akan terdedah kepada perkembangan luaran yang negatif, seperti peningkatan dasar perlindungan perdagangan, seperti ekonomi terbuka yang lain, katanya.
Bagi defisit fiskal, katanya penurunan defisit fiskal selaras dengan sasaran.
Defisit Kerajaan Persekutuan Malaysia berkurangan lagi kepada tiga peratus daripada KDNK pada 2017, sejajar dengan sasaran kerajaan pada 2017, daripada 3.1 peratus pada 2016.
"Walaupun kami menjangka perbelanjaan Kerajaan Persekutuan akan meningkat menjelang pilihan raya umum, kami percaya sasaran defisit bagi 2018 sebanyak 2.8 peratus daripada KDNK akan dapat dicapai.
"Kami menjangka defisit akan berkurangan lagi kepada 2.8 peratus daripada KDNK pada 2018, dan hutang Kerajaan Persekutuan akan susut kepada kurang daripada 50 peratus daripada KDNK," katanya.
Fitch berpendapat sasaran jangka sederhana kerajaan untuk mencapai bajet yang hampir seimbang menjelang 2020 akan memerlukan peningkatan dalam usaha penyatuan fiskal pada 2019 dan 2020.
Mengenai sektor perbankan, katanya ia kekal stabil dengan paras permodalan yang kekal kukuh serta mudah tunai dan keadaan pembiayaan yang terus menggalakkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 28 2018

Fitch menjangka momentum pertumbuhan yang positif berterusan pada tahun ini dan pada 2019 berdasarkan persekitaran luaran yang kukuh. - Foto REUTERS/Reinhard Krause
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

S&P Global kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia
S&P Global Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat mata wang asing 'A-' jangka panjang dan A-2' jangka pendek di Malaysia.

Kredit Malaysia kekal mantap di tengah-tengah pemulihan ekonomi - RAM Ratings
RAM Ratings berkata profil portfolio penarafannya kekal teguh dengan kira-kira 80 peratus mendapat penarafan AA3 atau lebih tinggi.

Ringgit jatuh berbanding dolar AS kerana kekurangan permintaan
Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0830/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0620 ketika ditutup Jumaat lepas.

Fitch sahkan Malaysia pada 'A-', momentum pertumbuhan berterusan
Fitch Ratings mengesahkan penarafan ingkar penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia pada 'A-' dengan prospek stabil.

Dasar monetari Malaysia efektif, kata Moody's
Jumlah pelabur institusi domestik dan aset asing bersih negara yang besar juga menjadi penampan kukuh daripada kejutan kewangan.

Kerajaan akan teruskan usaha tingkat asas-asas ekonomi - Wahid Omar
Kerajaan akan meneruskan usahanya bagi meningkatkan asas-asas ekonomi negara bagi mengukuh serta mengekalkan status penarafan yang diberikan oleh agensi-agensi penarafan antarabangsa.

'Biar berbeza ideologi politik, jangan burukkan nama negara' - Timbalan Menteri Kewangan
Timbalan Menteri Kewangan berkata agensi penarafan bukan sahaja melihat nilai fundamental malah isu-isu lain yang memberi gambaran imej negara.