KUALA LUMPUR: Ekspo Taiwan akan kembali ke Malaysia selepas pandemik COVID-19 dan dijangka menjana AS$48 juta (AS$1 = RM4.65) dalam peluang perniagaan.
Dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), organisasi penggalak perdagangan bukan bermotifkan keuntungan Taiwan, ekspo tiga hari yang bermula pada 24 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu akan menampilkan 220 reruai yang mempamerkan produk inovatif dan berdaya saing tinggi daripada 170 syarikat Taiwan.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, TAITRA berkata, lebih 1,080 pertemuan perniagaan dua hala telah dijadualkan.
Ekspo Taiwan, yang kini masuk tahun ketujuh ia diadakan, akan memfokuskan kepada lima tema utama: Industri 4.0, Perubatan Pintar, Halal, Ekonomi Kitaran dan Gaya Hidup Pintar.
TAITRA berkata pameran tahun ini akan diadakan di dua dewan pameran, menonjolkan semangat dan kehebatan Taiwan dalam penyelidikan dan pembangunan.
"Pameran itu termasuk YouBike yang terkenal, lambang inisiatif bandar pintar Taiwan, kini menampilkan versi 2.0 basikal bantuan elektriknya.
"Pavilion Penjagaan Kesihatan Taiwan menyatukan institusi penjagaan kesihatan terkemuka di Taiwan dan penyedia perkhidmatan kecantikan perubatan terkemuka, diketuai oleh Pengerusi Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Taiwan yang berdedikasi untuk mempromosikan gaya hidup premium dan sihat," katanya.
Selain itu, TAITRA berkata Pavilion Sifar Bersih memfokuskan tenaga boleh diperbaharui, peralatan hijau, dan kehidupan bandar pintar, yang memberikan bayangan bandar-bandar masa depan.
"Sebagai tindak balas kepada gelombang kecerdasan buatan, Pavilion Perdagangan Digital memperkenalkan sistem perkongsian komuniti platform sosial termaju dan teknologi inovatif seperti 'Smart Baby Bib,' yang menonjolkan kepakaran Taiwan dalam estetika teknologi," katanya.
Kemasukan adalah percuma untuk pelawat, dan pameran dibuka dari 10 pagi hingga 6 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023

Ekspo Taiwan, yang kini masuk tahun ketujuh ia diadakan, akan memfokuskan kepada lima tema utama: Industri 4.0, Perubatan Pintar, Halal, Ekonomi Kitaran dan Gaya Hidup Pintar. - Gambar Wikipedia

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Makanan halal Taiwan diketengahkan pada acara MIHAS 2023
Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) mengetengahkan lapan penggiat industri halalnya pada acara tahunan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 yang bermula semalam.

Ekspo Taiwan kembali ke Malaysia, dijangka jana AS$48 juta peluang perniagaan
Ekspo Taiwan akan kembali ke Malaysia selepas pandemik COVID-19 dan dijangka menjana AS$48 juta (AS$1 = RM4.65) dalam peluang perniagaan.