KUALA LUMPUR: Industri peralatan perubatan Malaysia mencatatkan pertumbuhan luar biasa dari segi reka bentuk dan pembuatan produk berkelas dunia, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Agensi penggalakan perdagangan itu menjelaskan, sektor tersebut meraih manfaat daripada sokongan ekosistem kukuh di negara ini dalam industri semikonduktor; jentera dan peralatan; elektrik dan elektronik; tekan tera logam dan plastik yang menyediakan persekitaran diperlukan untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi pembuatan ideal bagi peralatan perubatan.
Dalam kenyataan pada Rabu, MATRADE menambah eksport peralatan perubatan Malaysia merekodkan pertumbuhan dua digit bernilai RM29.99 bilion atau AS$7.16 bilion pada 2020.
Lebih 90 peratus peralatan perubatan yang dibuat di Malaysia dieksport ke 10 destinasi utama iaitu Amerika Syarikat (AS), Jerman, Singapura, Jepun, Belgium, China, Netherlands, Brazil, United Kingdom (UK) dan Australia, menurutnya.
MATRADE menekankan bahawa kedudukan Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport sarung tangan getah terbesar dunia, yang pada masa ini menyumbang 60 peratus kepada pasaran dunia, telah mendorong negara ini berkembang ke dalam bidang peralatan perubatan guna habis lain.
"Ini termasuk pelbagai produk perubatan berkualiti seperti barang dan radas, picagari, sutur, jarum, kateter, perentak dan lain-lain. Malaysia pada masa ini menyumbang 80 peratus kepada bekalan kateter dunia.
"Sektor yang pesat dan amat inovatif ini juga membekalkan produk terkini dari segi teknologi dan bernilai tambah lebih tinggi seperti produk perentak jantung, sten, peranti implan ortopedik, elektro-perubatan, terapeutik, pemantauan serta kit ujian diagnostik pantas," tambahnya.
Menurutnya, kini syarikat Malaysia juga menghasilkan item kapnografik iaitu komponen yang amat diperlukan bagi prosedur anestesia dan pemantauan penjagaan rapi.
Syarikat Malaysia juga semakin banyak melakukan penyelidikan dan pembangunan terutama dalam menggabungkan robotik, automasi, proses bersepadu dan Internet Pelbagai Benda (IoT) ke dalam proses pembuatan mereka, sejajar dengan peralihan negara kepada Revolusi Perindustrian Keempat.
"Ini telah mendorong pencepatan kadar inovasi dan langkah merevolusikan pembangunan produk, proses pembuatan dan model perniagaan," jelasnya.
Agensi itu menambah, pihaknya sentiasa menyediakan bantuan untuk memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pameran perdagangan dunia seperti Arab Health serta Medica di Eropah.
Mesyuarat secara maya juga giat dijalankan semasa tempoh sekatan pergerakan, iaitu menerusi program eBizMatch antara pembekal Maaysia dan pembeli berpotensi dari AS, UK, Netherlands, Emiriah Arab Bersatu, Afrika Selatan, Hong Kong dan Australia, jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021
Sektor yang pesat dan amat inovatif ini juga membekalkan produk terkini dari segi teknologi dan bernilai tambah lebih tinggi. - Gambar hiasan
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar
Beruang dibiarkan menderita tanpa rawatan perubatan, dan ada yang mati akibat pencemaran atau kanser.
Pekerja perubatan, pendidikan di San Salvador bantah pemotongan Bajet 2025
Ratusan anggota sektor perubatan dan pendidikan mengadakan protes di San Salvador membantah pemotongan bajet yang diumumkan untuk tahun 2025 di bawah pentadbiran Presiden Nayib Bukele.
Gaza kehabisan kebanyakan ubat untuk selamatkan nyawa ketika Israel sasar sektor perubatan
Gaza kini kehabisan kebanyakan ubat untuk menyelamatkan nyawa pesakit ketika Israel terus menyasarkan sektor perubatan Palestin.
WHO sambut baik pemindahan perubatan pertama sejak penutupan Rafah
Lebih 10,000 orang perlu dipindahkan dan menerima rawatan perubatan di luar Gaza.
Penyelidik Jepun guna AI ramal risiko kanser daripada imej hati berlemak
Sekumpulan penyelidik Jepun mengumumkan bahawa mereka membangunkan model pembelajaran mendalam untuk meramalkan risiko permulaan kanser daripada imej hati berlemak, lapor Jiji Press.
Thailand cadang haram ganja untuk kegunaan rekreasi
Kerajaan baharu Thailand berikrar untuk mengetatkan peraturan penggunaan ganja dan hanya membenarkan untuk tujuan perubatan sahaja.
Masalah politik di Libya sukarkan bantuan kemanusiaan dihantar - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus menjelaskan kemelut politik di Libya itu membuatkan keadaan bertambah teruk.
Hospital Tung Shin terus berpegang teguh pada visi membantu komuniti setempat
Hari ini, Tung Shin telah berkembang menjadi kemudahan penjagaan kesihatan tertiari akut yang komprehensif.
Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.
PM baharu Thailand tegaskan tidak sokong penggunaan rekreasi kanabis
Industri kanabis Thailand dianggar bernilai AS$1.2 bilion menjelang beberapa tahun akan datang.