BANGKOK: Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu memanfaatkan kerjasama dalam sektor pelancongan mampan demi mencapai visinya iaitu mewujudkan komuniti Asia-Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan dan aman menjelang 2040.
Dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan (TMM) APEC 2022 di sini, pengerusi itu menekankan bahawa peluang untuk membina masa depan yang lebih baik dan berdaya tahan adalah menerusi industri pelancongan dan ia akan menjadi usaha utama rantau ini.
"Ketidakpastian dan cabaran baharu yang ketara telah meningkatkan keperluan untuk memanfaatkan kerjasama serta memajukan industri pelancongan yang mampan.
"Kami akan terus mengadakan dialog inklusif dalam kalangan mereka yang terbaik, dan merenung kembali kemajuan bagi membina semula sektor pelancongan yang lebih kukuh dan berdaya tahan," menurut kenyataan pengerusi itu.
Sesi dialog itu turut membincangkan cabaran sedia ada yang telah diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19.
"Bersama-sama kita akan berusaha membina semula industri pelancongan demi masa depan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah bahawa ekonomi APEC mengalu-alukan "Cadangan Dasar untuk Pelancongan Masa Hadapan: Menjana Semula Pelancongan" yang mencerminkan keghairahan bersepadu pelbagai sektor ekonomi untuk mengejar pertumbuhan yang kukuh, seimbang, terjamin, mampan dan inklusif, seperti digariskan dalam Wawasan APEC Putrajaya 2040.
"Cadangan dasar itu boleh menjadi panduan kepada Ekonomi APEC untuk membangunkan sektor pelancongan sebagai pemacu utama bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk APEC secara keseluruhan," katanya.
Menteri-menteri Pelancongan APEC dan wakil kanan telah menghadiri Mesyuarat Menteri Pelancongan (TMM) APEC ke-11 di Bangkok pada Jumaat.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn.
Terdahulu, dalam ucapan pembukaannya, Phiphat berkata ekonomi APEC sedang menyelaraskan dasar untuk memulihkan industri pelancongan di rantau ini supaya selamat, mampan, bertanggungjawab dan inklusif.
"Semua jabatan yang berkaitan telah bekerja tanpa mengenal penat lelah dan kami percaya bahawa krisis ekonomi akibat COVID-19 semakin pulih dan ekonomi kami mula kembali ke landasan dan bergerak ke arah yang lebih positif," katanya.
Menurut World Travel and Tourism Council (WTTC), industri pelancongan menyumbang hampir 11 peratus jumlah tenaga kerja di rantau ini dengan menyediakan kira-kira 162 juta peluang pekerjaan pada 2019.
Jumlah ini bagaimanapun mencatatkan penurunan ketika wabak melanda, dan hanya menyumbang kepada 131 juta pekerjaan pada 2020 dan 138.7 juta pekerjaan pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
![Ekonomi APEC perlu manfaatkan kerjasama dalam pelancongan lestari Ekonomi APEC perlu manfaatkan kerjasama dalam pelancongan lestari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660919231_TBNANCYSHUKRIBANGKOK.jpg)
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri memberikan cenderahati kepada Setiausaha Pelancongan Filipina Crhistina Garcia Frasco ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan. - Foto BERNAMA
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Pendekatan MITI di APEC pastikan yang berdaya tahan - Tengku Zafrul Pendekatan MITI di APEC pastikan yang berdaya tahan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731509752_AnwarIbrahim.jpg)
Pendekatan MITI di APEC pastikan yang berdaya tahan - Tengku Zafrul
Pendekatan strategik MITI di AELW APEC ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.
![Ekonomi APEC perlu manfaatkan kerjasama dalam pelancongan lestari Ekonomi APEC perlu manfaatkan kerjasama dalam pelancongan lestari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660919231_TBNANCYSHUKRIBANGKOK.jpg)
Ekonomi APEC perlu manfaatkan kerjasama dalam pelancongan lestari
Sesi dialog itu turut membincangkan cabaran sedia ada yang telah diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19.
![Ekonomi APEC digesa kekalkan pasaran terbuka semasa tempoh mencabar ini Ekonomi APEC digesa kekalkan pasaran terbuka semasa tempoh mencabar ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71542251773_RebeccaFatimaStaM.jpg)
Ekonomi APEC digesa kekalkan pasaran terbuka semasa tempoh mencabar ini
Semua ekonomi APEC perlu bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran pelaburan saksama, tanpa diskriminasi, telus dan stabil.
![Proton X70 sebagai kenderaan rasmi APEC 2020 Proton X70 sebagai kenderaan rasmi APEC 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41565965962_TBxproton.jpg)
Proton X70 sebagai kenderaan rasmi APEC 2020
Proton berbesar hati menyokong Malaysia yang menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak APEC 2020.
![Tun M akan tangani pelbagai sekatan perdagangan dalam APEC - Darell Tun M akan tangani pelbagai sekatan perdagangan dalam APEC - Darell](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71542296828_DarellLeiking.jpg)
Tun M akan tangani pelbagai sekatan perdagangan dalam APEC - Darell
Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain daripada 21 negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) akan menangani pelbagai sekatan perdagangan yang menghalang kemakmuran rantau ini.
![Hala tuju TPPA ditentukan pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik Hala tuju TPPA ditentukan pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51471951089_tppa.jpg)
Hala tuju TPPA ditentukan pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
Hala tuju TPPA akan ditentukan dalam mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Peru, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
![PM minta kepakaran Ketua Sains APEC bagi penyelesaian jerebu PM minta kepakaran Ketua Sains APEC bagi penyelesaian jerebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41444006676_NajibTunRazak.jpg)
PM minta kepakaran Ketua Sains APEC bagi penyelesaian jerebu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) untuk membincangkan penyelesaian isu jerebu yang melanda Malaysia dan Singapura.