Hala tuju Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan ditentukan dalam mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Peru, seminggu lagi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Sehubungan itu, Mustapa berkata Malaysia kecewa dengan perkembangan terkini mengenai TPPA setelah kelulusan Kongres Amerika Syarikat (AS) untuk perjanjian perdagangan bebas antarabangsa berkenaan ditangguhkan.
Keputusan kelulusan kongres mengenai TPPA itu hanya akan diketahui selepas Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu pada 20 Januari depan, katanya kepada pemberita pada Majlis Pecah Tanah Menaik Taraf Pondok Simpangan di sini, hari ini.
Mustapa berkata mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik akan disertai oleh 11 negara yang menandatangani TPPA kecuali Amerika Syarikat.
"Memang kita (Malaysia) akui kecewa dengan perkembangan terkini kerana TPPA adalah perjanjian dagang bebas antarabangsa yang pertama yang mengiktiraf hak Bumiputera di negara ini (Malaysia). Banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk rundingan bagi memeterai perjanjian ini," katanya.
12 negara -- AS, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Malaysia -- telah memuktamadkan rundingan TPPA di Atlanta pada 5 Okt, 2015 dan menandatangani perjanjian itu di Auckland pada 4 Feb, 2016.
TPPA merupakan perjanjian perdagangan bebas yang telah dirundingkan sebagai sebahagian daripada Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik sejak 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2016

Malaysia kecewa dengan perkembangan terkini mengenai TPPA setelah kelulusan Kongres Amerika Syarikat (AS) untuk perjanjian perdagangan bebas antarabangsa berkenaan ditangguhkan. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.

MOM mahu ahli Persatuan Sukan Kebangsaan contohi FAM
Demi meneruskan kesinambungan bagi mencapai sasaran mendominasi ASEAN dari segi urus tadbir, pertandingan dan pembangunan.

UMNO perlu tingkatkan usaha, pastikan satu hala tuju - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, UMNO perlu meningkatkan usaha dalam memastikan penjajaran satu hala tuju.

UNIMAS mampu terajui penyelidikan biodiversiti negara - Mohamed Khaled
Kekuatan UNIMAS pada penyelidikan biodiversitinya, mengambil kira keluasan Sarawak serta potensi bagi menjayakan disiplin biodiversiti di Malaysia.

Anak muda tidak lagi sokong UMNO jika jawatan presiden, timbalan tidak dipertanding - Naib Ketua Pemuda Perlis
Untuk suburkan demokrasi, semua jawatan seharusnya dipertandingkan.

Spekulasi perpindahan: PSG, City jadi destinasi pilihan Messi?
Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester City dikhabarkan akan menjadi pilihan utama buat Messi.

15 PBT dijangka capai status neutral karbon menjelang 2050
Pelan induk tersebut memperkenalkan pendekatan 3M iaitu measurement (pengukuran), management (pengurusan) dan mitigation (pengurangan) khusus bagi pentadbir dan perancang bandar.

MITI sasar dapat mandat Jemaah Menteri tentukan hala tuju CPTPP Oktober ini - Azmin
Sesi libat urus dengan industri dan pemegang taruh dimulakan tahun lalu untuk peniaga memahami obligasi dalam perjanjian terbabit.

Tak perlu resah, UMNO ada hala tuju jelas, strategi - Ahmad Zahid
Hala tuju pertama ketika ini adalah memperkasakan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

COVID-19: FAM bincang hala tuju bola sepak belia melalui tiga siri webinar
Webinar turut membincangkan tentang perancangan serta persiapan FAM bagi menyertai kejohanan besar.